PUSAT PEMBANGUNAN KARIER UKM / UKM CAREER ADVANCEMENT CENTRE

 MARA_GEUKM

Adakah anda berminat untuk menjalankan program bersama pelajar kami? Kami di Pusat Pembangunan Karier (UKM-Karier) mengau-alukan penyertaan syarikat/majikan untuk mengadakan program kerjaya seperti CERAMAH KERJAYA, MOCK INTEVIEW, SESI TEMUDUGA, LAWATAN INDUSTRI, CEO TALK, BENGKEL LATIHAN dan sebagainya.

CERAMAH KERJAYA merupakan program di mana syarikat/majikan memberikan ceramah mengenai syarikat atau industri atau sebarang topik berkaitan kerjaya. 

MOCK INTERVIEW adalah latihan berbentuk simulasi temuduga pekerjaan sebenar. Latihan ini memberi peluang kepada pelajar untuk berlatih kemahiran temuduga dan menerima maklum balas mengenai kemahiran temuduga mereka. 

SESI TEMUDUGA merupakan program yang membolehkan syarikat/majikan bertemu dengan calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di organisasi.

BENGKEL LATIHAN merupakan sesi latihan yang memfokuskan kepada hardskills seperti contoh Data Analytics, Website Development, Creative Content dan sebagainya.

  1. Syarikat / Majikan yang berminat untuk mendapatkan slot program kerjaya, boleh mengisi borang permohonan seperti di bawah. 
  2. Pihak kami akan menghubungi syarikat / majikan sekiranya terdapat kemusykilan atau memerlukan maklumat tambahan.
  3. Adalah dimaklumkan bahawa pihak UKM-Karier berhak untuk menerima/tidak menerima permohonan program kerjaya tertakluk kepada kesesuaian, jadual terkini kalendar akademik dan profil syarikat/majikan.