Program Sijil Profesional Penjaminan Kualiti Program Pengajian dan Perkhidmatan Siri 4 (Pembelajaran Dalam Talian)
Pusat Jaminan Kualiti (KUALITI-UKM) akan menawarkan Program Sijil Profesional Penjaminan Kualiti Program Pengajian dan Perkhidmatan Siri 4 (Pembelajaran Dalam Talian) yang akan dilaksanakan mulai 01 Ogos hingga 12 September 2025.
Pentadbir Akademik dan kakitangan Pengurusan dan Profesional yang berminat boleh melayari pautan laman sesawang atau pautan borang pendaftaran. Tarikh akhir pendaftaran kepada urus setia adalah pada 11 Julai 2025.
Sebarang pertanyaan berkenaan program ini boleh menghubungi Puan Nurazlinda Nurul Asri (03-8921 4898) dan Puan Noor Liyana Abu Bakar (03-8921 5077), atau e-mel urusetiapjk@ukm.edu.my.
