UMBI Terima Kunjungan Hormat dari Yayasan PETRONAS

Ketua Projek IMPACT (Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal) dan penyelidik IMPACT bersama wakil Yayasan PETRONAS. Turut hadir Pengarah UMBI; Prof. Madya Dr. Nor Azian Abdul Murad
UMBI Terima Kunjungan Hormat dari Yayasan PETRONAS
11 Jun 2025 – UMBI telah menerima kunjungan kerja daripada delegasi Jawatankuasa Pemandu IMPACT bagi projek “Initiative for Precision Medicine in Paediatric Cancer Therapy (IMPACT): Improving Paediatric Cancer Survival Rate”.
Lawatan penting ini yang melibatkan wakil-wakil daripada Yayasan PETRONAS, pengurusan tertinggi Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), dan Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM (HPKK), menunjukkan komitmen berterusan terhadap inisiatif bersama ini. Turut hadir dan terlibat dalam sesi ini ialah Ketua Projek, Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal; Penyelidik Bersama, Prof. Dr. Hamidah Alias; dan Pengurus Projek, Nur Alyaa Afifah Md Shahri.
Delegasi Yayasan PETRONAS diketuai oleh Puan Hajah Shariah Nelly Francis, Ketua Pegawai Eksekutif, bersama Puan Adleen Fariza Kamaruddin (Pengurus, Kesejahteraan dan Pembangunan Komuniti) dan Encik Wan Hariz Wan Samsudin (Eksekutif, Kesejahteraan dan Pembangunan Komuniti).
Pengurusan Tertinggi Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) yang turut serta dalam kunjungan ini diwakili oleh Dato’ Dr. Azmi Baharudin (Pengarah), Dr. Zairul Azwan Mohd Azman (Timbalan Pengarah Perkhidmatan Perubatan), Prof. Dr. Hamzaini Abdul Hamid (Timbalan Pengarah Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi Dan Sokongan), Dr. Munirah Md Mansor (Ketua Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik), Puan Wan Omi Wan Yussop (Ketua Jabatan Kewangan), dan Encik Ahmad Zamri Noordin (Ketua Jabatan Khidmat Pelanggan). Selain itu, Datin Dr. Anita Sulong (Timbalan Pengarah Diagnostik, Farmasi & Sokongan Klinikal) dari HPKK turut menghadiri sesi ini.
Lawatan yang berlangsung dari jam 9:00 hingga 11:00 pagi ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pemahaman kepada JK Pemandu IMPACT mengenai proses analisis makmal yang terlibat, di samping memantau kemajuan projek sedia ada.
Atur cara lawatan dimulakan dengan kunjungan ke Makmal Seksyen Sum-Sum Tulang dan Sitometri Aliran, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik, HPKK. Dr. Yong Woon Lee, Ketua Jabatan, telah memberikan penerangan terperinci kepada delegasi JK Pemandu IMPACT mengenai aliran kerja analisis saki baki penyakit (minimal residual disease – MRD).

Dr. Yong memberikan penerangan berkenaan proses aliran kerja MRD kepada delegasi JK Pemandu IMPACT

Sesi bergambar di Makmal Seksyen Sum-Sum Tulang dan Sitometri Aliran, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik, HPKK
Lawatan kemudian diteruskan ke Biobank dan Makmal Penjujukan Genom UMBI. Di Biobank UMBI, Ketua Projek menerangkan proses pengumpulan dan penyimpanan sampel penyelidikan, termasuk lokasi penyimpanan sampel biospesimen projek. Sementara itu, di Makmal Penjujukan Genom, Encik Muhiddin Ishak memperincikan aliran kerja penjujukan genom penuh (whole genome sequencing – WGS) dan penjujukan genom bersasar (targeted sequencing), bermula dari proses pengekstrakan DNA dan RNA sehingga analisis data. Beliau turut memperkenalkan dua platform utama yang digunakan dalam projek ini, iaitu PromethIon dan Ion GeneStudio S5 Prime System.

Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal (Ketua Projek) memberikan penerangan berkenaan proses aliran kerja.

En. Muhiddin memberikan penerangan berkenaan proses aliran kerja penjujukan genom bagi sampel pesakit kanser kanak-kanak yang dirawat di HPKK

Sesi bergambar di Makmal Penjujukan Genom, UMBI
Sesi lawatan diakhiri di Bilik Mesyuarat Utama UMBI untuk mesyuarat pelaporan akhir projek. Perbincangan selama dua jam itu menerima maklum balas positif terhadap hasil pelaksanaan projek yang telah berjalan selama tiga tahun. Lawatan ditutup dengan sesi bergambar dan santapan tengah hari bersama para tetamu.

Mesyuarat JK Pemandu IMPACT Bil.1/2025
Oleh: Nur Alyaa Afifah Md. Shaari
—
Lagi mengenai IMPACT: Video Pendidikan Kesedaran Kanser Kanak-Kanak (Projek IMPACT)
SDG 3 | SDG 16 | SDG 17
Keywords: Diseases | Increasing life expectancy | Wellbeing | Quality of life | Partnership | Education