Majlis Perhimpunan Kakitangan Bil.1/2023

10 Januari 2023 – Pengarah UMBI, Prof. Madya Dr. Nor Azian Abd Murad telah menyampaikan ucapan amanat tahun 2023 dan pencapaian tahun 2022 di dalam Majlis Perhimpunan Kakitangan Bil.1/2023. Bersempena majlis ini, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Hanafiah Bin Harunarashid, Pro Naib Canselor UKM (Kampus Kuala Lumpur) telah sudi hadir untuk merasmikan logo Sambutan 20 Tahun UMBI.

Pertandingan mencipta logo bersempena Sambutan Ulang Tahun UMBI yang ke-20 ini telah menerima sebanyak 46 pencalonan dari dalam dan luar UKM. Pemenang utama, Puan Nurul Syahadah Binti Mohd Nasir telah membawa pulang wang tunai RM300, sijil berserta plak manakala penerima saguhati Encik Aiman Fitri Bin Yusri menerima wang tunai RM100 berserta sijil yang juga disampaikan oleh Pro Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur).

Julung kalinya, UMBI adalah antara Institut pertama di UKM yang menawarkan program Sijil Profesional Penjujukan Genome dan berjaya menghasilkan graduan pertama seramai 10 orang. Program ini meliputi tiga (3) modul iaitu teori, amalan dan analisis data berkaitan penjujukan genom, dengan peruntukan enam jam kredit.

Majlis diserikan lagi dengan sambutan Hari Lahir bagi warga UMBI yang menyambutnya pada bulan Januari dan para tetamu telah dihidangkan dengan ‘Raja Buah’ bersempena ‘Pesta Durian’.

Logo : 20 Tahun UMBI

Photo : Majlis Perhimpunan Kakitangan Bil.1/2023