Ucapan Tahniah – Kee Ooi Ting, Pelajar UMBI

Ucapan Tahniah – Kee Ooi Ting, Pelajar UMBI

Tahniah kepada pelajar UMBI – Kee Ooi Ting yang telah memenangi Tempat Pertama Pertandingan Inovasi Pelajar dalam Kongres dan Pertandingan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran ke-9 (kNovasi 2023) bertemakan ‘Inovasi Idea Dalam Pendidikan Tanpa Sempadan’, anjuran Pusat Pengajaran dan Pembangunan Kurikulum (Pengajaran-UKM). Kee Ooi Ting dibawah seliaan Dr. Noraidatulakma telah mempertandingkan projek bertajuk: Pembangunan Model Ramalan Risiko Penyakit Jantung di Kalangan Pesakit Kencing Manis Menggunakan Pembelajaran Mesin

Sejak dianjurkan pada 2009, kNovasi telah disertai oleh penyelidik dan inovator dari peserta institusi pendidikan tinggi, sekolah dan pihak industri seluruh Malaysia. Produk dan inovasi PdP yang telah dipertandingkan telah disebarluaskan di seluruh Malaysia dalam empat siri Majalah kNovasi.​​ 

Selain Kee Ooi Ting, seorang lagi pelajar UMBI yang menyertai pertandingan ini iaitu Francis Tieng Yew Fu dengan tajuk CTComics: Empowering Cancer Education Through Visual Storytelling telah memenangi anugerah For Your Page (FYP).

 

Pautan Pembentangan:

(1) Saudara William: https://youtu.be/FmaN8zUzy8g?si=MWW5IKS38yL-JV5c

(2) Saudara Francis: https://www.youtube.com/watch?v=XLVmRW9Vb9w…

Seluruh warga UMBI sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Saudara Kee Ooi Ting dan Francis Tieng Yew Fu atas kemenangan ini.
Sumber: https://www.ukm.my/knovasi/

#UMBIsharing
#UKM