Lawatan ke Universiti Oxford

20 Jun 2022 I Deligasi penyelidik UMBI telah mengadakan lawatan rasmi ke University of Oxford, United Kingdom (UK) dibawah kolaborasi penyelidikan MRC – Obesiti dan penyakit tidak berjangkit di Malaysia: Kajian pengimejan terhadap 6,000 orang dewasa dalam Kajian Kohort Malaysia.

Deligasi dari UMBI diketuai oleh Prof. Madya Dr Nor Azian, Pengarah UMBI yang juga penyelidik utama serta penyelidik bersama iaitu Dr Chin Siok Fong, Timbalan Pengarah UMBI, Prof. Datuk Dr A Rahman, Felo Utama UMBI dan Dr Noraidatulakma, Felo Penyelidik UMBI. Deligasi telah disambut oleh Profesor Sarah Lewington (juga merupakan Profesor Pelawat UMBI) dan Dr Jennifer Carter dari Nuffield Department of Population Health, University of Oxford. Lawatan turut disertai Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor, Dekan Fakulti Perubatan UKM. Objektif utama lawatan adalah untuk meningkatkan lagi kerjasama penyelidikan bersama Universiti Oxford melalui perolehan geran antarabangsa, sangkutan kakitangan dan pelajar di kedua-dua universiti.

Projek ini merupakan projek penyelidikan UK-Malaysia Joint Partnership on Non-Communicable Diseases 2019 di bawah program Malaysia Partnership and Alliances in Research (MyPAiR) iaitu kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Medical Research Council, United Kingdom (MRC, UK) yang telah dimulakan Januari 2020 dan dijadualkan selesai pada Disember 2022.

 

Gambar foto: https://photos.app.goo.gl/idhojcDNMaZRLJG57

 

Artikel berkaitan:

 

Webinar of Adiposity & Disease Risk: Global Insights

https://www.ukm.my/umbi/webinar-adiposity-disease-risk-global-insights/