Sorotan Aktiviti JKRP UMBI 2022

Disediakan oleh : Andri Dauni, Pengerusi JKRP UMBI

Disunting oleh : Mohd Arman b Kamaruddin

Tarikh : 19 Januari 2023

 

Seperti di tahun-tahun yang sebelumnya, Jawatankuasa Kebajikan, Rekreasi dan Pameran (JKRP) UMBI terus memainkan peranannya sebagai sebuah Jawatankuasa yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas hal-hal berkaitan dengan kebajikan  dan rekreasi kakitangan serta pameran UMBI  bagi memenuhi TERAS – naratif baru UKM, khususnya dibawah nilai Jiwa (Soul) dan kebitaraan Prihatin. Aktiviti-aktiviti tahun 2022 lebih tertumpu kepada memberi sumbangan dan menghantar bantuan kepada kakitangan yang dikuarantin akibat jangkitan Covid-19, melancarkan kutipan derma kilat kepada kakitangan yang kematian ahli keluarga, program sempena Hari Ramadhan, program sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Program Sukan kakitangan. Berikut adalah senarai aktiviti JKRP UMBI bagi tahun 2022.

  1. Memberi sumbangan tunai kepada seorang kakitangan UMBI yang positif Covid dan bergejala pada 10 Januari 2022.
  2. Melancarkan kutipan amal dan barangan prelove untuk misi bantuan pasca banjir kakitangan UKM. Berjaya mengumpul sebanyak RM500 dan sejumlah besar barangan prelove yang telah disumbangkan kepada pasca banjir kakitangan UKM pada 26 Januari 2022.
  3. Memberi sumbangan sebanyak tunai kepada 4 kakitangan UMBI yang positif Covid dan bergejala pada 24 dan 28 Februari 2022.
  4. Memberi sumbangan tunai kepada seorang pelajar UMBI yang positif Covid bergejala dan menghantar keperluan barangan dapur kepada 2 keluarga warga UMBI kerana seisi keluarga telah dikuarantin akibat positif Covid dan bergejala pada 1 Mac 2022.
  5. Memberi sumbangan tunai kepada seorang kakitangan UMBI yang positif Covid dan bergejala pada 2 Mac 2022.
  6. Menyumbang dan menghantar kit kuarantin kepada 2 warga UMBI yang positif bergejala pada Mac 2022.
  7. Menjalankan kutipan Derma Ikhlas kepada kakitangan  UMBI yang  telah kehilangan ahli keluarga terdekat dan ditimpa musibah sepanjang  tahun 2022. Seramai 5 kakitangan yang telah menerima sumbangan ini.
  8. Memberi sumbangan tunai setiap seorang kepada 4 warga UMBI yang mengalami kerosakan kenderaan akibat banjir kilat dikawasan tempat meletak kereta PPUKM.
  9. Menganjurkan Webinar Kerohanian sempena Ramadhan kepada warga UMBI pada 31 Mac 2021.
  10. Menjalankan aktiviti penjanaan sempena Ramadhan (Jualan Kuih Raya dan dedikasi Lagu Raya) pada 11-28 April 20212.
  11. Pelaksanaan Gerai Makanan dan Minuman Ringan serta Lunch bersama JKRP untuk kemudahan Warga UMBI bermula Ogos 2021 sehingga Mac 2022.
  12. Menganjurkan Pertandingan Biggest Looser bagi Warga UMBI yang merupakan acara tahunan iaitu dari 4 April hingga 13 Mei 2022.
  13. Agihan kurma kepada kakitangan UMBI yang pada 31 April 2022 hasil sumbangan JKRP.
  14. Membantu agihan 345 bubur lambuk kepada warga PPUKM termasuk UMBI yang ditaja oleh MYCRO dan Pengarah UMBI.
  15. Memberi sumbangan ikhlas kepada 2 kakitangan UMBI dari ahli JKRP yang telah dimasukkan ke hospital akibat masalah kesihatan.
  16. Melaksanakan derma kilat kepada waris arwah Prof Dr. Syed Zakaria (mantan Felo UMBI) pada 3 Jun 2022.
  17. Menyumbang RM300 untuk pembelian Kit Ujian Saliva bagi kakitangan kontak rapat pesakit Covid-19 pada 29 Jun 2022.
  18. Menganjurkan aktiviti sukan Pertandingan Liga Ping Pong Tertutup UMBI 2022 dari 17 Julai – 19 Ogos 2022.
  19. Melancarkan Derma Kilat kepada kakitangan bekas The Malaysian Cohort yang telah dimasukkan ke HCTM akibat masalah kesihatan yang kritikal dan diserahkan kepada waris pada 2 Ogos 2022.
  20. Menganjurkan Pertandingan Mewarna Poster Merdeka & Gambar Terbaik Kebangsaan pada 17 Ogos 2022 sempena Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-65.
  21. Mengikuti Pertandingan Hiasan Pejabat Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-65 & Hari Malaysia 2022 anjuran UKM pada 14 September 2022.
  22. Menganjurkan aktiviti sukan Pertandingan Bowling Tertutup UMBI 2022 pada 17 Disember 2022 yang telah disertai sekitar 60 kakitangan UMBI.

Semua program diatas telah berjaya dilaksanakan. Terima kasih kepada pucuk pimpinan tertinggi UMBI dan seluruh Warga UMBI kerana sangat menyokong  dan memberi kerjasama sepenuhnya ke atas akiviti-aktiviti JKRP yang telah dijalankan. Semoga usaha,sumbangan dan jasa JKRP yang berterusan ini terus membawa UMBI ke tahap pencapaian yang lebih cemerlang bukan saja dari segi akademiknya, namun nilai keprihatinan sesama manusia.

 

Lampiran : Gambar Aktiviti JKRP 2022