Sumbangan Lunch Box pada Petugas Barisan Hadapan HCTM

UMBI dan MyCRO Sdn Bhd berbesar hati menyumbangkan Lunch Box kepada petugas barisan hadapan HCTM, khususnya yang bertugas di bahagian perkhidmatan COVID-19 sebagai sokongan solidariti serta penghargaan atas pengorbanan mereka. Ini merupakan sumbangan kumpulan ke 4 sebanyak 130 pax melibatkan Jabatan Perkhidmatan Kecemasan, Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan juga Team Lab Test Covid.

Sumbangan ini disampaikan oleh wakil dari Mycro Sdn Bhd & UMBI terus kepada wakil setiap wad pada 15 September 2021.