BORANG/TEMPLAT KERTAS KERJA PENUBUHAN WAKAF KHAS

SYARAT-SYARAT PENUBUHAN WAKAF KHAS PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTj)

  1. Tempoh pelaksanaan Wakaf Khas adalah selama dua (2) tahun bermula daripada tarikh yang dinyatakan.
    • Lanjutan tempoh pelaksanaan boleh dipohon kepada Yayasan Canselor sekiranya dana yang diperlukan tidak mencukupi.
    • Permohonan untuk lanjutan tempoh perlu dibuat dalam tempoh 30 hari sebelum tamat pelaksanaan Wakaf Khas.
  2. PTj hendaklah mengadakan promosi Dana Wakaf Ilmu UKM untuk memberi kesedaran kepada semua warga PTj dan masyarakat umum tentang kebaikan dan kelebihan Wakaf UKM.
  3. PTj perlu mengadakan kempen dan promosi secara berterusan bagi memastikan kesinambungan sumbangan terhadap Dana Wakaf Ilmu UKM.
  4. Dana Wakaf yang terkumpul hendaklah digunakan untuk projek khas yang telah dinyatakan dalam kertas cadangan/permohonan sahaja.
  5. PTj bersetuju tabung wakaf khas yang diwujudkan akan dijenamakan sebagai “sumbangan khas” di dalam portal rasmi Give2UKM.
  6. Laporan yang mengandungi jumlah kutipan, perbelanjaan, sumber terimaan sumbangan yang tepat hendaklah diserahkan kepada Yayasan Canselor setiap tiga (3) bulan.
  7. PTj dibenarkan untuk menerima sumbangan/dana dari warga UKM, Alumni UKM, Anak Syarikat UKM dan pihak luar yang mempunyai hubungan secara langsung dengan UKM
  8. Potongan gaji staf adalah untuk Wakaf Khas adalah TIDAK DIBENARKAN.
  9. PTj hendaklah menyelaraskan pelaksanaan kutipan yang dilakukan oleh fakulti/unit/bahagian PTj yang berbeza.
  10. Segala urusan wakaf yang dilaksanakan adalah perlu mengikut ketetapan syarak seperti yang dinyatakan oleh Perbadanan Wakaf Selangor (PWS).
  11. PTj hendaklah sentiasa menjaga nama baik UKM dan Yayasan Canselor sepanjang wakaf khas dilaksanakan.
  12. PTj hendaklah patuh dan akur atas arahan ataupun peraturan semasa yang dikeluarkan oleh pihak Yayasan Canselor.
  13. Syarat-syarat yang dinyatakan adalah jelas dan pihak Yayasan Canselor berhak untuk menarik semula kebenaran sekiranya terdapat keraguan dan syarat yang tidak dipatuhi.

Klik pada pautan untuk muat turun borang.

TEMPLAT KERTAS KERJA PENUBUHAN WAKAF KHAS

SENARAI SEMAK & BORANG PERMOHONAN PENUBUHAN WAKAF KHAS PTJ

UKM-SPKPPP-PP02-GP01-BR01 BORANG PERMOHONAN PENUBUHAN TABUNG AMANAH