SUMBANGAN KERUSI RODA KEPADA WARGA UKM

Unit Zakat UKM telah menyerahkan Bantuan Kerusi Roda (Light Weight Sport Wheelchair) kepada Mohd Redza Bin Johari (K016617), Jabatan Kewangan HUKM . Penyerahan telah disampaikan oleh En Muhammad Tajuddin Abdul Rahim, Ketua Unit Zakat UKM.

Beliau telah ditimpa kemalangan sehingga menyebabkan beliau terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Mohon doa warga UKM agar beliau diberi kesembuhan dan kesihatan yang baik.