Program/ Aktiviti Zakat 2023

November – Disember 2022, program lawatan & ziarah Bahagian Zakat UKM telah diadakan dibeberapa buah negeri. Antaranya, Negeri Pahang, Kedah, Perak & Johor.
Objektif program untuk menziarahi dan menyantuni keluarga pelajar, Selain dari memastikan pelajar yang menerima bantuan zakat UKM adalah dari mereka yang berkelayakan.

Dato’ Dr. Syed Kamaruddin Sadakkuthulla, Pendaftar UKM, Dr. Wan Haslan Khairudin, Pengarah Pusat Islam, dan Mejar (B) Dato’ Asri Ahmad, Pengarah Bahagian Keselamatan UKM melawat keluarga Allahyarham Mohd Nazir Hussin. Arwah meninggal dunia pada 31 Disember 2022 yang lalu. Pemergian arwah meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak yang berusia 13, 10 dan 5 tahun.
Pusat Zakat UKM juga berkesempatan menyalurkan beberapa bantuan asas dan wang ringgit bagi membantu meringankan beban keluarga arwah.
Semoga khidmat bakti Allahyarham Mohd Nazir Hussin kepada UKM serta amalan-amalannya mendapat ganjaran pahala Allah s.w.t.
Doakan agar rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Beberapa bentuk bantuan akan disalurkan kepada pelajar bagi meringankan beban yang ditanggung serta menyokong pelajar untuk meneruskan pengajian dengan bersemangat.
Terima kasih pembayar Zakat UKM
TERIMA KASIH MALAYSIAN RATING CORPORATION BERHAD (MARC) ATAS SUMBANGAN ZAKAT
Alhamdulillah, Pihak Zakat UKM telah menerima sumbangan zakat kepada asnaf pelajar fakir dan miskin berjumlah RM34,000.00 daripada Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC). Sumbangan zakat tersebut telah diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif iaitu YBhg. Datuk Jamaludin Nasir dan Ketua Pegawai Kewangan iaitu En. Mohammad Farish Mohd Noor.
Penyerahan sumbangan zakat ini turut disertai Encik Ahmad Hairi Rabbani, Pegawai Hal Ehwal Islam & Encik Abdul Rahman, Pegawai Kewangan, Pusat Islam.
PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA 2 KELUARGA PELAJAR YANG DITIMPA MUSIBAH AIR PASANG, OMBAK BESAR DAN KEBAKARAN RUMAH
Musibah Ombak besar berlaku di Kg Forest, Sandakan Sabah manakala kebakaran rumah berlaku di Kg Jaya Baru, Kunak Sabah. Bantuan ini telah diserahkan oleh Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman – Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM), Dr. Wan Haslan Khairuddin – Pengarah Pusat Islam UKM serta Encik Muhammad Tajuddin Abd Rahim – Ketua Bahagian Zakat UKM



2.00 petang, 20 Julai 2023 – Lawatan oleh pihak Prasarana berkenaan cadangan mewujudkan dan naiktaraf Kaunter Zakat, Wakaf dan Sedekah di Pusat Islam UKM.

Program lawatan rumah asnaf pelajar Siri 7 dan 8 berlangsung pada 21 – 23 Julai 2023 bertempat di negeri Terengganu dan Kuala Lumpur.
Seramai 8 keluarga asnaf dilawati bertujuan untuk melihat sendiri keadaan keluarga pelajar yang memerlukan bantuan serta menunjukkan keprihatinan UKM terhadap pelajar-pelajarnya. Kesemua keluarga pelajar yang diziarahi tergolong dalam asnaf fakir dan miskin.


Program lawatan rumah asnaf pelajar Siri 9 dan 10 berlangsung pada 29 – 30 Julai 2023 bertempat di negeri Pahang (Raub dan temerloh) dan Melaka (Masjid Tanah, Tanjung Bidara dan Alor gajah.
Seramai 8 keluarga asnaf dilawati bertujuan untuk melihat sendiri keadaan keluarga pelajar yang memerlukan bantuan serta menunjukkan keprihatinan UKM terhadap pelajar-pelajarnya. Kesemua keluarga pelajar yang diziarahi tergolong dalam asnaf fakir dan miskin.