𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐔𝐌𝐔𝐌 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐙𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐔𝐊𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐒𝐓𝐄𝐑 𝟏 𝟐𝟎𝟐𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟑

Assalamu’alaikum, Wrt. Wbt.

Mahasiswa/i sekalian,

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan zakat Bantuan Umum Pelajaran (BUP) Sem 1 Sesi 2022/2023 akan dibuka bermula 10 Oktober 2022 (Isnin).

𝐒𝐥𝐨𝐭 𝐓𝐞𝐦𝐮𝐝𝐮𝐠𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧𝐚𝐧 𝐁𝐔𝐏 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚:
17 Oktober 2022 (Isnin) hingga 26 Januari 2023 (Khamis).

𝐏𝐞𝐫𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐢𝐭𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐭𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚:

𝐒𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧𝐚𝐧:
1. Islam;
2. Pelajar Sepenuh Masa;
3. Telah Mendaftar Semester;
4. Pelajar Asasi Pintar, Prasiswazah & Pascasiswazah;

𝐃𝐨𝐤𝐮𝐦𝐞𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐖𝐀𝐉𝐈𝐁 𝐝𝐢𝐦𝐮𝐚𝐭-𝐧𝐚𝐢𝐤 (𝐮𝐩𝐥𝐨𝐚𝐝):
i. Penyata Gaji / Penyata Pencen / Pengesahan Pendapatan bagi IBU dan BAPA / Penjaga / Pasangan (yang berkenaan).
*Bagi pasangan yang tidak bekerja, perlu lampirkan pengesahan tidak bekerja.
(Borang Pendapatan di lampiran)
*Borang Pengesahan Pendapatan HANYA boleh disahkan oleh Ketua Kampung / penghulu / JKKK / Imam / Nazir / Pengerusi Blok / Pengerusi Penduduk tempat bermastautin keluarga.
ii) Lain-lain dokumen seperti di lampiran sistem zakat online.

𝐉𝐚𝐝𝐮𝐚𝐥 𝐓𝐞𝐦𝐮𝐝𝐮𝐠𝐚:-
Pelajar hanya boleh memilih tarikh temuduga setelah permohonan diperaku oleh pensyarah. (Sila klik di “Status Permohonan” untuk memilih tarikh temuduga)

𝐓𝐚𝐭𝐚𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐞𝐡𝐚𝐝𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐦𝐮𝐝𝐮𝐠𝐚:
1. Temuduga akan dijalankan kepada yang terpilih sahaja melalui panggilan telefon (bukan semua pelajar akan dihubungi untuk ditemuduga).
2. Bagi pelajar yang tidak menerima panggilan telefon pada tarikh temuduga, mohon untuk semak “Status Permohonan” di sistem zakat satu (1) hari SELEPAS tarikh temuduga yang telah dipilih.

𝐑𝐮𝐣𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐭𝐚𝐭𝐮𝐬:
𝐢) “𝐃𝐢𝐬𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠/ 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐬𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠 𝐮𝐫𝐮𝐬𝐞𝐭𝐢𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐩𝐞𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐚𝐧”, bermaksud permohonan telah diproses (tanpa ditemuduga). Kelulusan proses bayaran dalam 21 hari bekerja.
𝐢𝐢) “𝐃𝐢𝐬𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠/ 𝐑𝐚𝐲𝐮𝐚𝐧 – 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐭𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐝𝐢𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐤𝐞 𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭”, bermaksud permohonan telah diproses (tanpa ditemuduga). Semakan kelulusan di sistem boleh dibuat selepas 2-3 bulan daripada tarikh temuduga.
𝐢𝐢𝐢) “𝐏𝐮𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠” – sila baca ulasan penemuduga yang diberikan dan lengkapkan butiran/ dokumen seperti yang diminta.

3. Sekiranya perlu, pelajar akan dihubungi untuk hadir ke Kaunter Zakat bagi urusan temuduga permohonan.
Sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan kaunter zakat UKM kampus belajar:

𝐊𝐚𝐮𝐧𝐭𝐞𝐫 𝐙𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐔𝐊𝐌 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐢
Aras 1, Masjid UKM
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-8921 4225 / 5820

𝐊𝐚𝐮𝐧𝐭𝐞𝐫 𝐙𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐔𝐊𝐌 (𝐂𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐊𝐋)
Aras 1, Blok Klinikal,
Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM UKM),
Jalan Yaacob Latiff, Bandar Tun Razak,
56000 Cheras, Kuala Lumpur,
No Tel : 03-9145 6526

Sebarang cadangan atau aduan, boleh terus menghantar email ke infozakat@ukm.edu.my

Sekian dimaklumkan dan terima kasih.