𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐔𝐊𝐌

𝟕 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟐 | 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐈

Bahagian Zakat, Pusat Islam pada pagi Jumaat ini berkesempatan menziarahi salah seorang kakitangan warga UKM yang diuji dengan masalah kesihatan.
Dalam sesi ziarah tersebut, turut diberikan sumbangan bantuan kecemasan bagi membiayai sebahagian keperluan rawatan beliau yang segera. Terdahulu telah diluluskan sejumlah agihan bagi bantuan perubatan untuk membiayai kos pembelian ubat beliau.

Semoga dengan bantuan yang disalurkan ini dapat meringankan beban keluarga dalam mengharungi situasi sukar ketika ini. Marilah sama-sama kita doakan kesembuhan kepada beliau dan kembali sihat seperti sedia kala. Amin.

Terima kasih pembayar zakat. Sedikit bagi anda segalanya buat mereka.