𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐔𝐊𝐌

Bahagian Zakat, Pusat Islam hari ini berkesempatan menziarahi satu keluarga asnaf kakitangan warga UKM di sekitar Bangi.

Dalam sesi ziarah tersebut, turut diberikan sumbangan bantuan kecemasan bagi membiayai sebahagian keperluan rawatan ibu beliau yang sakit lumpuh separuh badan.

Semoga dengan bantuan yang disalurkan ini dapat meringankan beban keluarga dalam mengharungi situasi sukar ketika ini.

Terima kasih pembayar zakat. Sedikit bagi anda segalanya buat mereka.