Bantuan Banjir Zakat Universiti di Yan, Kedah

Zakat universiti merakamkan ucapan takziah kepada mangsa banjir kilat dan fenomena kepala air yang terjadi baru-baru ini di daerah Yan, Kedah dan kawasan sekitarnya.

Kami di sini sentiasa mendoakan mangsa banjir tabah menghadapi dugaan dan semoga usaha pemulihan di kawasan yang terjejas dapat dilaksanakan sebaiknya. Pastinya ada hikmah yang ingin diberikan Allah SWT dengan setiap ujian yang diturunkan.

Justeru, zakat universiti menyeru kepada para pelajar yang terlibat atau terkesan dengan musibah ini untuk membuat permohonan bantuan zakat UKM di pautan ini :
https://zakat.ukm.my/

📞 📧 Pertanyaan lanjut hubungi kami di talian: Kaunter/ Pejabat – 03-89214225/5820 atau emel ke infozakat@ukm.edu.my