BANTUAN MUSIBAH ZAKAT UNIVERSITI 2022

 

Dimaklumkan bahawa Zakat Universiti mempelawa kepada semua Warga UKM yang terlibat dengan sebarang bentuk bencana seperti banjir, kebakaran, ribut dan lain-lain yang mengakibatkan kerugian dan kerosakan kediaman atau harta benda untuk memohon.

Permohonan perlu dibuat melalui atas talian.

Sila klik URL dan lampiran di bawah untuk maklumat lanjut.

Kami di sini sentiasa mendoakan mangsa yang terlibat tabah menghadapi dugaan dan semoga usaha pemulihan di kawasan yang terjejas dapat dilaksanakan sebaiknya. Pastinya ada hikmah yang ingin diberikan Allah SWT dengan setiap ujian yang diturunkan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di talian :
• 03-8921 4225 (Kampus Bangi)
• 03-9145 6526 (Kampus Kuala Lumpur)

Pertanyaan lanjut boleh dihantar kepada emel kami : infozakat@ukm.edu.my