BANTUAN PERSEDIAAN PENGAJIAN TINGGI ANAK KAKITANGAN UKM 2023


Zakat Universiti mempelawa kepada semua warga kakitangan UKM yang berkelayakan untuk memohon Bantuan Zakat Persediaan Pengajian Tinggi 2023 bagi Anak-Anak Kakitangan UKM yang akan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi di peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma/ Asasi/ Matrikulasi/ Sijil.

1. Cara Permohonan
Permohonan adalah secara atas talian (online) sahaja melalui Sistem e-Prihatin seperti pautan di bawah:
https://eprihatin.ukm.my/
*Diruangan maklumat tanggungan, sila isi semua tanggungan termasuk pasangan.

2. Kadar Sumbangan
-Ijazah Sarjana Muda – RM 1,000.00
-Pra Universiti/ Asasi/ Matrikulasi/ Diploma – RM 700.00
-Sijil – RM 500.00

3. Tarikh Permohonan
Bermula 15 Ogos 2023 hingga 31 Oktober 2023

4. Syarat Permohonan
-Warga Kakitangan UKM
-Beragama Islam
-Keutamaan bantuan kepada asnaf fakir dan miskin
-Anak yang akan melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Pra Universiti/ Asasi/ Matrikulasi/ Diploma/ Sijil
-Bagi kemasukan Semester 1 Tahun 1 sesi pengajian 2023/2024

5. Dokumen yang perlu dimuatnaik
-Pendapatan Pemohon dan Pasangan Sebulan (Penyata Gaji/ Penyata Pencen/ Surat Pengesahan Pendapatan Bekerja Sendiri / Tidak Bekerja – Suri Rumah)
-Kad Pengenalan/ Sijil Lahir Tanggungan
-Sijil Kematian (Jika berkenaan)
-Sijil Cerai (Jika Berkenaan)
-Surat Pengambilan Anak Angkat (Jika Berkenaan)
-Surat Tawaran Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi