BANTUAN UMUM PELAJARAN (BUP) SEMESTER 2 SESI 2023/2024

 

Assalamualaikum wbt,

Pihak Zakat UKM telah membuka permohonan BUP bagi semester 2 sesi 2023/2024. Pelajar yang telah mohon dan lulus pada semester lepas iaitu semester 1 tidak perlu membuat permohonan semula kerana pelajar akan terima bayaran secara automatik pada tarikh-tarikh yang ditetapkan:

Bayaran akan dikreditkan secara berperingkat bermula :
08/04/24 – Bayaran kelompok (1)
30/04/24 – Bayaran kelompok (2)
17/05/24 – Bayaran kelompok (3)
31/05/24 – Bayaran kelompok (4)
20/06/24 – Bayaran kelompok (5)

Bagi pelajar yang tidak memohon/ tidak lulus pada semester lepas (Sem 1). Pelajar boleh memohon di URL berikut: https://eprihatin.ukm.my/

Tarikh Slot Permohonan dibuka bermula:
18/03/2024 – 20/06/2024

Bantuan yang disediakan:
1. Yuran & Sara hidup
Syarat Permohonan:
1. Islam;
2. Pelajar Sepenuh Masa;
3. Mendaftar
4. Pelajar Asasi Pintar, Prasiswazah dan Pascasiswazah;

𝐃𝐨𝐤𝐮𝐦𝐞𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐖𝐀𝐉𝐈𝐁 𝐝𝐢𝐦𝐮𝐚𝐭-𝐧𝐚𝐢𝐤 (𝐮𝐩𝐥𝐨𝐚𝐝):
i. Penyata Gaji / Penyata Pencen / Pengesahan Pendapatan bagi IBU dan BAPA / Penjaga / Pasangan (yang berkenaan).
*Bagi pasangan yang tidak bekerja, perlu lampirkan pengesahan tidak bekerja.

Klik untuk borang pengesahan pendapatan/ tidak bekerja (ibu/ayah/penjaga)
https://www.ukm.my/zakat/borang/permohonan-bantuan-zakat-universiti
*Borang Pengesahan Pendapatan HANYA boleh disahkan oleh Ketua Kampung / penghulu / JKKK / Imam / Nazir / Pengerusi Blok / Pengerusi Penduduk tempat bermastautin keluarga.

ii) Lain-lain dokumen seperti di lampiran sistem zakat online.

𝐓𝐚𝐭𝐚𝐜𝐚𝐫𝐚 Pengesahan Permohonan:

1. Pelajar hanya boleh memilih tarikh slot pengesahan setelah permohonan diperaku oleh pensyarah. (Sila klik di “Status Permohonan” untuk memilih tarikh slot pengesahan)
2. Slot Pengesahan akan dijalankan kepada yang terpilih sahaja melalui panggilan telefon (bukan semua pelajar akan dihubungi untuk pengesahan permohonan)
3. Bagi pelajar yang tidak menerima panggilan telefon pada tarikh slot pengesahan, dimohon untuk semak “Status Permohonan” di sistem zakat satu (1) hari SELEPAS tarikh slot yang dipilih.

𝐑𝐮𝐣𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐭𝐚𝐭𝐮𝐬:
𝐢) “𝐃𝐢𝐬𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠/ 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐬𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠 𝐮𝐫𝐮𝐬𝐞𝐭𝐢𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐩𝐞𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐚𝐧”, bermaksud permohonan telah diproses (tanpa dihubungi). Kelulusan proses bayaran dalam 21 hari bekerja.

𝐢𝐢) “𝐃𝐢𝐬𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠/ 𝐑𝐚𝐲𝐮𝐚𝐧 – 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐭𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐝𝐢𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐤𝐞 𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭”, bermaksud permohonan telah diproses (tanpa dihubungi). Semakan kelulusan di sistem boleh dibuat selepas 2-3 bulan daripada tarikh slot pengesahan.

𝐢𝐢𝐢) “𝐏𝐮𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠” – sila baca ulasan urusetia yang diberikan dan lengkapkan butiran/ dokumen seperti yang diminta.

3. Sekiranya perlu, pelajar akan dihubungi untuk hadir ke Kaunter Zakat bagi urusan pengesahan permohonan.

Sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan kaunter zakat UKM kampus belajar:

𝐊𝐚𝐮𝐧𝐭𝐞𝐫 𝐙𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐔𝐊𝐌 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐢
Aras 1, Masjid UKM
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-8921 4225 / 5820

𝐊𝐚𝐮𝐧𝐭𝐞𝐫 𝐙𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐔𝐊𝐌 (𝐂𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐊𝐋)
Aras 1, Blok Klinikal,
Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM UKM),
Jalan Yaacob Latiff, Bandar Tun Razak,
56000 Cheras, Kuala Lumpur,
No Tel : 03-9145 6526
Dimohon pelajar membuat permohonan di awal semester dan melengkapkan permohonan bagi mengelakkan permohonan ditolak atau tidak diluluskan.

Sebarang cadangan atau aduan, boleh terus menghantar email ke infozakat@ukm.edu.my

Sekian dimaklumkan dan terima kasih.