BANTUAN UMUM PELAJARAN SEMESTER 1 SESI 2023/2024


Assalamu’alaikum, Wrt. Wbt.

Mahasiswa/i sekalian,
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan zakat Bantuan Umum Pelajaran (BUP) SEM 1 Sesi 2023/2024 Bagi Mahasiswa/i Prasiswazah dan Pascasiswazah telah dibuka (10 Oktober 2023).

Permohonan perlu dibuat melalui platform laman sesawang berikut sahaja: https://eprihatin.ukm.my/ (Bantuan Zakat UKM)

Tarikh temuduga adalah bermula pada 10 OKTOBER 2023 (SELASA) hingga 25 JANUARI 2024 (KHAMIS)

Bantuan yang disediakan:
1. Yuran & Sara hidup
Syarat Permohonan:
1. Islam;
2. Pelajar Sepenuh Masa;
3. Mendaftar
4. Pelajar Asasi Pintar, Prasiswazah dan Pascasiswazah;

𝐃𝐨𝐤𝐮𝐦𝐞𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐖𝐀𝐉𝐈𝐁 𝐝𝐢𝐦𝐮𝐚𝐭-𝐧𝐚𝐢𝐤 (𝐮𝐩𝐥𝐨𝐚𝐝):
i. Penyata Gaji / Penyata Pencen / Pengesahan Pendapatan bagi IBU dan BAPA / Penjaga / Pasangan (yang berkenaan).
*Bagi pasangan yang tidak bekerja, perlu lampirkan pengesahan tidak bekerja. (Klik URL untuk borang : https://www.ukm.my/zakat/borang/permohonan-bantuan-zakat-universiti)
*Borang Pengesahan Pendapatan HANYA boleh disahkan oleh Ketua Kampung / penghulu / JKKK / Imam / Nazir / Pengerusi Blok / Pengerusi Penduduk tempat bermastautin keluarga.
ii) Lain-lain dokumen seperti di lampiran sistem zakat online.

𝐋𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢/ 𝐉𝐚𝐝𝐮𝐚𝐥 𝐓𝐞𝐦𝐮𝐝𝐮𝐠𝐚:
Semua mahasiswa diwajibkan memilih slot temuduga di 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐬 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐢 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚 kerana temuduga dijalankan secara atas talian.
Pelajar hanya boleh memilih tarikh temuduga setelah permohonan diperaku oleh pensyarah. (Sila klik di “Status Permohonan” untuk memilih tarikh temuduga)𝐓𝐚𝐭𝐚𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐓𝐞𝐦𝐮𝐝𝐮𝐠𝐚:

1. Temuduga akan dijalankan kepada yang terpilih sahaja melalui panggilan telefon (bukan semua pelajar akan dihubungi untuk ditemuduga).2. Bagi pelajar yang tidak menerima panggilan telefon pada tarikh temuduga, mohon untuk semak “Status Permohonan” di sistem zakat satu (1) hari SELEPAS tarikh temuduga yang telah dipilih.

𝐑𝐮𝐣𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐭𝐚𝐭𝐮𝐬:
𝐢) “𝐃𝐢𝐬𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠/ 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐬𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠 𝐮𝐫𝐮𝐬𝐞𝐭𝐢𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐩𝐞𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐚𝐧”, bermaksud permohonan telah diproses (tanpa ditemuduga). Kelulusan proses bayaran dalam 21 hari bekerja.

𝐢𝐢) “𝐃𝐢𝐬𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠/ 𝐑𝐚𝐲𝐮𝐚𝐧 – 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐭𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐝𝐢𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐤𝐞 𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭”, bermaksud permohonan telah diproses (tanpa ditemuduga). Semakan kelulusan di sistem boleh dibuat selepas 2-3 bulan daripada tarikh temuduga.

𝐢𝐢𝐢) “𝐏𝐮𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠” – sila baca ulasan penemuduga yang diberikan dan lengkapkan butiran/ dokumen seperti yang diminta.

3. Sekiranya perlu, pelajar akan dihubungi untuk hadir ke Kaunter Zakat bagi urusan temuduga permohonan.

Sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan kaunter zakat UKM kampus belajar:

𝐊𝐚𝐮𝐧𝐭𝐞𝐫 𝐙𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐔𝐊𝐌 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐢
Aras 1, Masjid UKM
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-8921 4225 / 5820

𝐊𝐚𝐮𝐧𝐭𝐞𝐫 𝐙𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐔𝐊𝐌 (𝐂𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐊𝐋)
Aras 1, Blok Klinikal,
Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM UKM),
Jalan Yaacob Latiff, Bandar Tun Razak,
56000 Cheras, Kuala Lumpur,
No Tel : 03-9145 6526

Sebarang cadangan atau aduan, boleh terus menghantar email ke infozakat@ukm.edu.my

Sekian dimaklumkan dan terima kasih.