BANTUAN ZAKAT PERSEKOLAHAN SESI 2023 BAGI ANAK-ANAK KAKITANGAN UKM

Zakat Universiti mempelawa kepada semua kakitangan UKM untuk memohon BANTUAN ZAKAT PERSEKOLAHAN SESI 2022 BAGI ANAK-ANAK KAKITANGAN UKM. Permohonan perlu dibuat melalui atas talian URL https://eprihatin.ukm.my/

1. Syarat Permohonan:
• Warga Kakitangan UKM
• Beragama Islam
• Tergolong dalam kalangan Asnaf Fakir, Miskin dan Fisabilillah
• Umur anak yang bersekolah 6 hingga 17 tahun (pada tahun 2023)

2. Dokumen yang perlu dimuatnaik:
• Pendapatan Suami dan Isteri Sebulan (Penyata Gaji/Penyata Pencen/ Surat Pengesahan Pendapatan Bekerja Sendiri / Tidak Bekerja – Suri Rumah)
• Kad Pengenalan/ Sijil Lahir Tanggungan (Anak yang bersekolah sahaja)
• Sijil Kematian (Jika berkenaan)
• Sijil Cerai (jika Berkenaan)
• Surat Pengambilan Anak Angkat (Jika Berkenaan)
* Di ruangan maklumat tanggungan, sila isi kesemua tanggungan termasuk pasangan.

3. Kadar Bantuan Persekolahan (one-off):
• RM200.00/pelajar sahaja.
Tarikh Permohonan : 28 Disember 2022 hingga 28 Februari 2023
Sebarang pertanyaan, sila hubungi di talian :
• 03-8921 4225 (Bangi)
• 03-9145 6526 (PPUKM, UKM KKL)