BANTUAN ZAKAT PERSEKOLAHAN SESI 2024 BAGI ANAK KAKITANGAN UKM

Zakat Universiti mempelawa kepada semua kakitangan UKM untuk memohon BANTUAN ZAKAT PERSEKOLAHAN BAGI ANAK KAKITANGAN UKM sesi 2024.

Permohonan perlu dibuat melalui atas talian di URL https://eprihatin.ukm.my/

1. Syarat Permohonan:
• Warga Kakitangan UKM
• Beragama Islam
• Tergolong dalam kalangan Asnaf Fakir, Miskin dan Fisabilillah
• Umur anak yang bersekolah 6 hingga 17 tahun (pada tahun 2024)

2. Dokumen yang perlu dimuatnaik:
• Pendapatan Suami dan Isteri Sebulan (Penyata Gaji/ Penyata Pencen/ Surat Pengesahan Pendapatan Bekerja Sendiri/ Tidak Bekerja – Suri Rumah)
• Kad Pengenalan/ Sijil Lahir Tanggungan (Anak yang bersekolah sahaja)
• Sijil Kematian (Jika berkenaan)
• Sijil Cerai (jika Berkenaan)
• Surat Pengambilan Anak Angkat (Jika Berkenaan)
* Di ruangan maklumat tanggungan, sila isi kesemua tanggungan termasuk pasangan.

3. Kadar Bantuan Persekolahan (one-off):
• RM200.00/pelajar sahaja.

Tarikh Permohonan : 15 November 2023 hingga 31 Disember 2023

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di talian :
• 03-8921 4225 (Bangi)
• 03-9145 6526 (Kampus KL)