DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH

 
 
Sempena dengan kedatangan Tahun Baru Islam 1444H bersamaan 1 Muharram 1444H, marilah sama-sama kita mengakhiri penghujung tahun dan memulakan awal tahun baru Islam dengan membaca doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah.
 
🤲 Doa Akhir Tahun Hijrah (1443H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 29 Zulhijjah 1443H bersamaan 29 Julai 2022 (Jumaat).
 
🤲 Doa Awal Tahun Hijrah (1444H) pula dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada 29 Julai 2022 (Jumaat) bersamaan 1 Muharram 1444H. Berdasarkan kalendar Islam, pertukaran tarikh hijri (hijrah) bermula selepas waktu maghrib.
 
Masuknya waktu solat Maghrib bagi Negeri Selangor (Zon 1 Daerah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat, Shah Alam & Sepang) adalah pada jam 7.30 malam.
 
Boleh rujuk di Portal e-solat https://www.e-solat.gov.my/
 
SALAM MA’AL HIJRAH 1444H
 
“Keluarga Malaysia, Pemangkin Kemakmuran”