KELULUSAN AGIHAN ZAKAT UKM (JULAI – OGOS 2021)

 
Mesyuarat Jawatankuasa Agihan Zakat Universiti Kebangsaan Malaysia (JAZUKM) Bil.4/ 2021 yang bersidang pada 26 Ogos 2021 telah meluluskan agihan zakat kepada asnaf Warga Universiti bagi tempoh 2 bulan iaitu bermula Julai sehingga Ogos 2021 berjumlah RM1,329,504.27.
 
Agihan kali ini lebih tertumpu kepada Bantuan Program Warga (seperti perincian) & Bantuan Insentif Kecemerlangan kepada 2,500 pelajar (Prasiswazah) UKM yang telah memperolehi keputusan cemerlang 3.67 dan ke atas pada semester 1 sesi 2020/2021. Selain itu, beberapa bantuan lain turut menjadi keutamaan dalam agihan setelah melihat kepada keperluan pengajian atas talian pada ketika ini. Ini menjadikan jumlah agihan terkini zakat UKM adalah berjumlah RM5,115,860.09.
 
Agihan pada kali ini melibatkan sebanyak 8 jenis bantuan sepertimana perincian berikut:
 
1. Bantuan Umum Pelajaran (Yuran & Sara hidup)
2. Insentif Kecemerlangan
3. Bantuan Saguhati Mualaf
4. Bantuan Pendidikan (Laptop)
5. Bantuan Kes Khas (Perubatan, Sara Hidup, Musibah & Persekolahan)
6. Bantuan Program (Program Kerjasama)
7. Bantuan Sokongan Pengajian
8. Bantuan Persekolahan Fasa II
 
 
Walaubagaimanapun, terdapat lebih 32 jenis bantuan disediakan oleh Zakat Universiti untuk membantu warga UKM yang memerlukan. JAZUKM komited untuk memberikan komitmen dalam memastikan agihan zakat dapat dilaksanakan sebaiknya.