KELULUSAN AGIHAN ZAKAT UKM (MAC – APRIL 2022)

Mesyuarat Jawatankuasa Agihan Zakat Universiti Kebangsaan Malaysia (JAZUKM) Bil.2/ 2022 yang telah bersidang pada 26 April 2022 telah memuktamadkan agihan zakat yang diluluskan bagi tempoh sepanjang Februari sehingga Mac 2022 serta meluluskan permohonan bantuan zakat (Mac – April) kepada asnaf warga universiti berdasarkan perincian dibawah: (Rujuk poster)

 

Agihan pada kali ini melibatkan sebanyak 10 jenis bantuan sepertimana perincian berikut:
1. Bantuan Umum Pelajaran (Yuran & Sara hidup)
2. Insentif Kecemerlangan
3. Bantuan Sokongan Pengajian
4. Bantuan Khas Pelajar Baharu
5. Bantuan Persekolahan Anak Kakitangan
6. Bantuan Baik Pulih Rumah Warga
7. Bantuan Zakat Warga UKM (Kes Khas)
8. Bantuan Program Warga
9. Bantuan Komputer Riba
10. Bantuan Musibah

Walaubagaimanapun, terdapat lebih 23 jenis bantuan disediakan oleh Zakat Universiti untuk membantu warga UKM yang memerlukan. JAZUKM komited untuk memberikan komitmen dalam memastikan agihan zakat dapat dilaksanakan sebaiknya.

🙌TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT UKM🙌