KELULUSAN AGIHAN ZAKAT UKM (SEPTEMBER – OKTOBER 2021)

Mesyuarat Jawatankuasa Agihan Zakat Universiti Kebangsaan Malaysia (JAZUKM) Bil.5/ 2021 yang bersidang pada 1 November 2021 telah meluluskan agihan zakat kepada asnaf Warga Universiti bagi bulan Ogos sehingga Oktober 2021 berjumlah RM 250,852.25. Ini menjadikan jumlah agihan terkini zakat UKM adalah berjumlah RM5,590,109.86.

Agihan kali ini lebih tertumpu kepada Bantuan Umum Pelajaran & Bantuan Insentif Kecemerlangan kepada 79 pelajar (Prasiswazah) UKM yang telah memperolehi keputusan cemerlang 3.67 dan ke atas pada semester 1 sesi 2020/2021. Selain itu, beberapa bantuan lain turut menjadi keutamaan dalam agihan setelah melihat kepada keperluan pengajian atas talian pada ketika ini.

Agihan pada kali ini melibatkan sebanyak 6 jenis bantuan sepertimana perincian berikut:
1. Bantuan Umum Pelajaran (Yuran & Sara hidup)
2. Insentif Kecemerlangan
3. Bantuan Pendidikan (Laptop)
4. Bantuan Kes Khas (Perubatan, Sara Hidup, Musibah & Persekolahan)
5. Bantuan Sokongan Pengajian
6. Bantuan Persekolahan Fasa II

Walaubagaimanapun, terdapat lebih 32 jenis bantuan disediakan oleh Zakat Universiti untuk membantu warga UKM yang memerlukan. JAZUKM komited untuk memberikan komitmen dalam memastikan agihan zakat dapat dilaksanakan sebaiknya.