KEMPEN BAYAR ZAKAT AKHIR TAHUN 2025

Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengadakan Kempen Bayar Zakat Akhir Tahun bagi tempoh November hingga Disember 2025.

Kempen ini terbuka kepada semua pembayar zakat negeri selangor melalui kaunter Zakat UKM atau atas talian https://catalog.billplz.com/BayarzakatUKM/pf/zakatharta2025
Setiap bayaran zakat serendah RM50 melayakkan penyertaan dalam Cabutan Bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik seperti:
? Kerusi urut
? Telefon pintar
? Dinar emas
?️ Baucar eksklusif
Cabutan bertuah akan diadakan pada 16 Januari 2026 (Jumaat, 9.30 malam) dan disiarkan secara langsung di TikTok rasmi Pusat Islam UKM (@pusatislamukm).
Orang ramai dijemput untuk mengimbas kod QR yang disediakan bagi mendapatkan terma & syarat serta pautan bayaran zakat.
Marilah bersama-sama menunaikan zakat sebagai tanda kesyukuran dan tanggungjawab kepada ummah.