PELAWAAN PENYERTAAN VIDEO PENDEK KREATIF ZAKAT UKM

Assalamualaikum w.b.t

Saudara/saudari,
Bahagian Zakat, Pusat Islam UKM dalam usaha untuk mempertingkatkan kutipan zakat tahun 2022 bagi membolehkan agihan zakat dapat diperluaskan kepada warga universiti terutama dari kalangan pelajar.

Oleh itu, kami mempelawa kepada saudara/ saudari untuk sama-sama menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para pembayar zakat yang membayar zakat di UKM melalui rakaman video pendek. Sebanyak 8 video yang terpilih akan diberikan saguhati berupa wang tunai. 🥰

Syarat Umum:
1. Penyertaan Percuma ✅
2. Terbuka kepada pelajar penerima Bantuan Zakat UKM Sahaja ✅

Untuk penyertaan boleh emelkan perkara ini kepada infozakat@ukm.edu.my untuk dapatkan terma & syarat penyertaan.
Sekian, terima kasih💞