PENUTUPAN SEMENTARA SISTEM E-PRIHATIN UKM

Assalamualaikum w.b.t
Seluruh Warga UKM
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Merujuk kepada perbincangan bersama pada 30 Januari 2026 (Jumaat) yang lepas, pihak Bahagian Zakat, Pusat Islam dan Unit Kebajikan Pelajar HEP mengambil maklum terhadap pelaksanaan migrasi Sistem ePrihatin UKM daripada sistem sedia ada kepada sistem baharu.
Sistem ePrihatin UKM akan ditutup sementara dari 5 Februari 2026 sehingga 19 Mac 2026 bagi tujuan migrasi ke sistem baharu. Penutupan ini bertujuan untuk penambahbaikan prestasi, keselamatan dan kecekapan sistem. Sistem tidak dapat diakses sepanjang tempoh tersebut dan akan beroperasi semula setelah proses migrasi selesai.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi :
Kaunter Zakat UKM
Aras 1, Masjid UKM
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi
Emel : infozakat@ukm.edu.my
Tel : 03-8921 4225 / 03-9145 6526
Unit Kebajikan Pelajar
Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM)
Aras 7, Bangunan PUSANIKA,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi
No Tel : 03-8921 4671 / 3229 / 4700
Emel : hep@ukm.edu.my
Sekian, dimaklumkan