PERMOHONAN BANTUAN UMUM PELAJARAN (BUP) SEMESTER 2 SESI 2021/2022

Assalamu’alaikum, Wrt. Wbt.

Mahasiswa/i sekalian,

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan zakat Bantuan Umum Pelajaran (BUP) Sem 2 Sesi 2021/2022 dibuka bermula 28 Mac 2022 – 7 Julai 2022. Tempoh Temuduga Permohonan BUP juga bermula pada 28 Mac 2022 – 7 Julai 2022.

2-6 MEI 2022 (Permohonan di sistem zakat ditutup – Cuti Hari Raya Aidilfitri)

Bagi pelajar yang telah lulus pada Semester 1 Sesi 2021/2022, bayaran akan diterima secara automatik dan tarikh bayaran akan dimaklumkan kemudian (tidak perlu permohonan baru)

PERMOHONAN HANYA MELALUI ATAS TALIAN SAHAJA:

Bantuan yang disediakan:
1. Bantuan Umum Pelajaran (Yuran/ Sara Hidup)
Syarat Permohonan:
1. Islam;
2. Pelajar Sepenuh Masa;
3. Telah Mendaftar Semester;
4. Pelajar Asasi Pintar, Prasiswazah & Pascasiswazah;

Dokumen yang WAJIB dimuat-naik:
i. Salinan Penyata Gaji / Penyata Pencen / Pengesahan Pendapatan bagi IBU dan BAPA / Penjaga / Pasangan (yang berkenaan). *Bagi pasangan yang tidak bekerja, perlu lampirkan pengesahan tidak bekerja.
(Borang Pendapatan dilampiran)
*Borang Pengesahan Pendapatan HANYA boleh disahkan oleh Ketua Kampung / penghulu / JKKK / Imam / Nazir / Pengerusi Blok / Pengerusi Penduduk mastautin keluarga.
ii) Lain-lain dokumen seperti dilampiran sistem zakat online.

Jadual Temuduga: –
Pelajar hanya boleh memilih tarikh temuduga setelah permohonan diperaku oleh pensyarah. (Sila klik di “Status Permohonan” untuk memilih tarikh temuduga). Pilihan JADUAL TEMUDUGA hanya pilih (Kampus Bangi sahaja)

*Tatacara hadir temuduga*:
1. Temuduga akan dijalankan secara atas talian sahaja pada tarikh temuduga yang dipilih. (secara panggilan telefon)

2. Tetapi jika perlu, pelajar akan diminta hadir ke Kaunter Zakat bagi urusan temuduga permohonan.

Jika status “Disokong/ Permohonan disokong urusetia dan dibawa untuk penilaian kelulusan”, bermaksud permohonan telah diproses (tanpa ditemuduga). Kelulusan proses bayaran dalam 21 hari bekerja.

Jika status “Disokong/ Rayuan – Permohonan dalam tindakan untuk dibawa ke Mesyuarat”, bermaksud permohonan telah diproses (tanpa ditemuduga). Semakan kelulusan di sistem boleh dibuat selepas 2-3 bulan daripada tarikh temuduga

Jika status “Pulang Borang”, sila baca ulasan penemuduga yang diberikan dan lengkapkan butiran/ dokumen seperti yang diminta.

Jika status masih “Tunggu Temuduga” Satu (1) hari SELEPAS tarikh temuduga yang telah dipilih, mohon untuk hubungi kami di talian 03-8921 4225/5820 (Bangi) atau 03-9145 6526 (HCTM/KKL).

Sebarang pertanyaan, pelajar boleh berhubung terus dengan kaunter zakat UKM

Kaunter Zakat UKM Bangi
Aras 1, Masjid UKM
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-8921 4225 / 5820

Pejabat Unit Zakat UKM (Cawangan KKL)
Aras 1, Blok Klinikal,
Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM UKM),
Jalan Yaacob Latiff, Bandar Tun Razak,
56000 Cheras, Kuala Lumpur,
No Tel : 03-9145 6526

Untuk cadangan dan aduan, boleh terus menghantar email ke infozakat@ukm.edu.my

Sekian dimaklumkan dan terima kasih