TERIMA KASIH @BADAN AMAL DAN KEBAJIKAN EMKAY ATAS SUMBANGAN ZAKAT KORPORAT YANG DITUNAIKAN DI ZAKAT UKM

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, Pihak Zakat UKM telah menerima Zakat Korporat Berjumlah RM75000.00 daripada Badan Amal & Kebajikan EMKAY. Zakat tersebut telah diserahkan oleh wakil badan amal iaitu Puan Nurhanisah Mohd Mokhtar (Pengurus Yayasan EMKAY).

Penyerahan Zakat Korporat turut disertai Dr. Wan Haslan Khairuddin Pengarah, Pusat Islam, Dr. Abu Dardaa Mohamad Timbalan Pengarah, Pusat Islam, Encik Ahmad Hairi Rabbani Pegawai Hal Ehwal Islam & Encik Abdul Rahman Pegawai Kewangan, Pusat Islam.