Governans dan Pendidikan untuk Pemuliharaan Warisan

Kumpulan ini memperlihatkan persepaduan penyelidik daripada pelbagai disiplin bagi mengupas persoalan governans pemuliharaan warisan sedia ada daripada aspek teori dan praktis. Tujuan umum kumpulan ini ialah menyumbang kepada pengukuhan governans, pendidikan awam dan pembangunan keupayaan berkaitan pemuliharaan warisan. Semenjak penubuhannya kumpulan ini telah menjalankan beberapa penyelidikan termasuk:

1. Sistem Governans dalam Pemuliharaan Warisan di Malaysia

2. Pelan Pengurusan Langkawi Geopark

3. Pembangunan Landskap Geologi untuk Pendidikan, Pemuliharaan dan Pelancongan

4. Geopark sebagai Peraga Pembangunan Lestari Wilayah.

Kumpulan ini juga telah membentuk jaringan dan melakukan jangkauan dengan beberapa badan yang berkongsi minat terhadap geopark dan pemuliharaan warisan, termasuk dengan:

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Shilin Geopark, China

Jeju Geopark, Korea

Marble Arch Geopark, Ireland

North Pennines Geopark, England