Pengurusan Bahan Kimia

Isu pengurusan bahan kimia telah dibangkit dan dibincangkan dalam United Nations Conference on Environment and Development (UNCED) di Rio de Janeiro pada 1992. Sehubungan dengan itu, Bab 19 di dalam Agenda 21 telah disediakan untuk isu yang berkaitan dengan pengurusan bahan kimia, di mana tajuk Bab 19 adalah ‘Pengurusan bahan kimia bertoksik secara keseluruhan, termasuk pencegahan penyeludupan barang berbahaya dan bertoksik di peringkat antarabangsa’. Sepuluh tahun selepas UNCED, pada 2002, satu sasaran pengurusan bahan kimia telah dipersetujui di World Summit on Sustainable Development (WSSD) oleh pemimpin-pemimpin negara, iaitu pada tahun 2020, bahan kimia dihasil dan diguna dalam keadaan yang meminimumkan kesan buruk terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar, di mana bahan kimia tersebut dinilai dengan prosedur-prosedur penilaian risiko dan pengurusan risiko yang berasaskan sains, serta mengambil kira pendekatan berjaga-jaga (precautionary principle).

Berdasarkan sasaran WSSD di atas dan untuk memperkasakan pengurusan bahan kimia dalam usaha menuju ke arah pembangunan lestari, Kumpulan Penyelidikan Pengurusan Bahan Kimia (CMRG) telah dibangunkan di bawah Nic PLW.