Pengurusan Sumber Air Bersepadu

Kumpulan penyelidikan ini telah diwujudkan pada tahun 2007 untuk mencapai objektif penyelidikannya iaitu untuk membangunkan pengetahuan dan teknologi mengenai apa yang sedang berlaku dalam sektor air negara, dan mengenai trend dan perkembangan di luar sektor air yang boleh menjejaskan masa depan penggunaan air; untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu air di kalangan masyarakat dan pembuat keputusan dalam usaha untuk memupuk kesedaran politik dan kepimpinan yang diperlukan untuk mencapai Wawasan Air Malaysia; serta untuk membantu Kerajaan Malaysia untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs).