Pengurusan Ekosistem Lestari

Penyelidikan Pengurusan Ekosistem Lestari dijalankan melalui pendekatan penyelidikan bersepadu bersepadu dan menyeluruh, di mana pasukan penyelidik dalam bidang-bidang khusus dalam menjalankan penyelidikan dalam satu kumpulan bagi menghasilkan output yang bersepadu. Matlamat penyelidikan kumpulan ini adalah menjalankan penyelidikan bersepadu, pengurusan dan perancangan sumber lestari ke arah ekosistem lestari merangkumi pengurusan empat sumber utama di UKM iaitu pengurusan sumber air, pengurusan tenaga, pengurusan sisa dan pengurusan hutan. Kajian yang dijalankan mengambil kira faktor-faktor pengurusan bersepadu, penggunaan cekap, penjimatan sumber, dan penjagaan ekosistem UKM khasnya, dan boleh digunapakai bagi ekosistem Malaysia dan dunia.