Sains & Governans Kelestarian

Falsafah

  • Sains dan governans bersepadu dan syumul menyumbang kepada proses penjanaan ilmu, pengurusan alam sekitar dan sumber asli yang bijak dan beretika, di samping terus menggalakkan proses pembangunan lestari negara dari aspek kemajuan ekonomi serta kesejahteraan masyarakat yang sihat dan selamat. Walk the talk.
  • Mencapai status pembangunan lestari dengan membantu semua pihak di universiti dan pelbagai lapisan masyarakat.
  • UKM mesti mempunyai “green governance” melalui “leading by example”

 

Misi

  • Penerapan ilmu sains dan governans yang berkesan di pelbagai peringkat termasuk ahli politik dan pembuat dasar dalam perancangan dan pembangunan lestari sejajar dengan aspirasi misi kebangsaan ke arah matlamat Wawasan 2020
  • Hasil penyelidikan yang berinovasi dan kreatif yang dapat merealisasikan objektif pembangunan lestari pada peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa
  • Kampus UKM menjadi ”show case” pembangunan lestari kepada Malaysia dan dunia.
  • Mengikut jejak langkah Tufts University USA yang diiktiraf oleh US EPA sebagai ”green university”

 

Visi

  • Melaksanakan penyelidikan berorientasikan dapatan
  • Melakukan proses pemantauan penyelidikan untuk jaminan kualiti
  • Menyebarkan ilmu dan hasil penyelidikan kepada pihak berkepentingan, termasuk pembuat dasar, ahli akademik, pihak swasta  dan badan bukan kerajaan
  • Merealisasikan prinsip-prinsip yang sejajar dengan pembangunan lestari melalui penyelidikan: ”prevention is better than cure”, ”precautionary principle”, ”user pay principle” dan ”polluter pay principle”

 

Objektif

  • Melakukan penyelidikan untuk memperkukuhkan penyelidikan IWRM dan CMS dengan memilih kampus UKM sebagai titik permulaan
  • Menerapkan unsur ekonomi, dasar dan perundangan merentasi konsep sains dan governans kelestarian, lantas, kumpulan EPG tidak perlu wujud buat masa ini dan ahli-ahlinya membantu dalam kumpulan lain
  • Mengutamakan senario global seperti perubahan iklim dan keselamatan bekalan makanan dalam aspek penyelidikan yang sedang dan akan dilakukan