Kepelbagaian Biologi Daratan

Ahli kumpulan penyelidikan kepelbagaian biologi daratan (TBDRG) terdiri daripada penyelidik yang bekerja dalam pelbagai aspek kajian yang berkaitan dengan biodiversiti flora dan fauna. Kebanyakan ahli telah dan sedang terlibat secara aktif dalam beberapa ekspedisi saintifik yang setiap tahun dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan UKM atau lain-lain badan NGO. Beberapa anggota sedang mengambil bahagian dalam penyelidikan pemuliharaan flora dan fauna tertentu secara in-situ dan ex-situ bersama-sama dengan Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM), Jabatan Perhutanan Malaysia dan agensi-agensi berkaitan daripada Jepun. Kajian kepelbagaian biologi daratan flora dan fauna diperkukuhkan lagi oleh dua pusat kecemerlangan iaitu Pusat Sistematik Serangga (CIS) dan Herbarium yang terletak dan Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Fakulti Sains, Universiti Kebangsaan Malaysia.