Keselamatan Alam Sekitar & Pengurusan Bencana

Falsafah

Penjanaan dan pembangunan ilmu berkaitan keselamatan persekitaran dan pengurusan bencana secara bijak, beretika, berkesan, dan menyumbang dalam proses pembangunan lestari Negara

Visi

  • Pendekatan dan pembangunan teknologi keselamatan persekitaran dan pengurusan bencana secara beretika, meluas, dan berkesan.
  • Proses penyelidikan dan inovasi dilaksana melalui perancangan, pemantauan dan penilaian yang berhemah.
  • Golongan mudah terancam dan kawasan sensitif alam sekitar akan diberi fokus dalam penyelidikan.
  • Penyebaran hasil penyelidikan dan perkongsian maklumat kepada pihak berkepentingan dilaksana secara intensif dan meluas.

 

Misi

  • Melaksanakan tugas teras penyelidikan, pendidikan, latihan dan khidmat masyarakat secara bertanggungjawab.
  • Memperkukuhkan penyelidikan melalui jaringan strategik untuk mencapai hasrat keselamatan sekitaran dan pengurusan bencana di peringkat setempat, kebangsaan, serantau dan antarabangsa, melalui pelan jangka panjang (blueprint/roadmap/strategik) yang dibina secara bermuafakat dan bersepadu.

 

Objektif

  • Melaksanakan dan mempertingkatkan penyelidikan dalam bidang keselamatan sekitaran dan pengurusan bencana di Malaysia.
  • Menjalankan penyelidikan bermutu tinggi dan berintegrasi dalam bidang tujahan.
  • Mewujudkan kumpulan penyelidik yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
  • Menyebarkan ilmu penyelidikan melalui proses penyampaian pendidikan dan perbincangan bersama pihak berkepentingan.