Komuniti Lestari

Penyelidikan Kumpulan Komuniti Lestari ialah untuk mewujudkan pendekatan kearah pembentukan komuniti lestari di UKM serta memberi sumbangan kepada pembentukan komuniti sejagat di Malaysia dan Dunia, selaras dengan moto Program UKM Lestari iaitu UKM Lestari Untuk Malaysia Dan Dunia yang dilancarkan pada 21 Jun 2007. Kumpulan ini merupakan satu daripada tiga kumpulan dalam Kelompok Kampus Lestari yang menjalankan penyelidikan ke arah menjadikan kampus UKM sebuah kampus lestari menjelang 2020. Matlamat ini adalah selaras dengan matlamat Deklarasi Talloires yang ditandatangani oleh UKM. Penyelidikan bersepadu dijalankan oleh sekumpulan penyelidik daripada bidang-bidang yang berkaitan bagi menjalankan penyelidikan merentas bidang dan selaras dengan konsep kelestarian kampus universiti. Komuniti UKM seharusnya melambangkan ciri-ciri sosio-budaya kebangsaan Malaysia dan ciri-ciri komuniti lestari sejagat yang membolehkannya melahirkan para akademia, penyelidik, pengurus dan graduan yang mengamalkan pembangunan lestari dan yang kental serta mampu bersaing di dunia