Log Masuk


Pengumuman

Berikut merupakan senarai penamatan langganan Sumber Maklumat Elektronik Perpustakaan UKM.

KEMUDAHAN

Zon Wifi

Rangkaian internet secara WiFi terdapat di setiap aras perpustakaan serta kawasan sekitarnya. Pengguna boleh menggunakan capaian ini secara percuma.

Bilik Perbincangan

Terdapat enam (8) buah bilik perbincangan yang disediakan di Koleksi Jurnal aras 3 dan juga di Anjung Ilmu PTSL di aras 4. Penggunaan Bilik Perbincangan adalah percuma. Urusan tempahan Bilik Perbincangan di aras 3 boleh dibuat di Kaunter Perkhidmatan Jurnal, aras 3 dan urusan tempahan Bilik Perbincangan di Anjung Ilmu PTSL boleh dibuat di Pejabat Am atau Kaunter Bahagian Perkhidmatan Pelanggan, aras 4.

Bilik Tayangan

Terdapat beberapa buah bilik tayangan di Bahagian Koleksi Media yang disediakan untuk pelanggan Perpustakaan. Bilik Tayangan ini menyerupai sebuah studio kecil atau panggung mini yang sesuai untuk persembahan filem, tayangan video dan sebagainya. Mereka yang ingin menggunakannya, boleh membuat tempahan di Kaunter Pinjaman Bahagian Koleksi Media, Aras 2, PTSL.

Bilik Karel

Bilik Karel disediakan di aras 3. Terdapat dua (2) cara penggunaan bilik karel. Pertama ,Bilik Karel yang digunakan secara harian. Penggunaannya secara percuma. Kedua, Bilik Karel yang boleh disewa selama sebulan. Kos sewaan ialah RM10.00 dan cagaran RM5.00. Urusan penyewaan boleh dibuat di Kaunter Perkhidmatan Jurnal aras 3. PTSL

Lokar

Perpustakaan menyediakan kemudahan sewa lokar berkunci dengan bayaran RM3.00 sebulan. Urusan penyewaan boleh dibuat di Pejabat Am, Bahagian Perkhidmatan Pelanggan, aras 4. Di samping itu, perpustakaan juga menyediakan lokar layan diri di mana pengguna perlu memasukkan syiling 50 sen sebelum menggunakannya.

Mesin Pinjaman Layan Diri

Perpustakaan menyediakan 3 buah mesin pinjaman layan diri untuk memudahkan pelanggan perpustakaan meminjam bahan secara layan diri tanpa meminjam bahan tersebut di Kaunter Pinjaman dan Pemulangan.

Perkhidmatan Pemulangan Layan Diri

Perkhidmatan ini membolehkan para pelanggan memulangkan bahan selepas perpustakaan ditutup melalui Perkhidmatan Unit Pemulangan Layan Diri yang disediakan. Terdapat 2 unit mesin pemulangan layan diri iaitu di aras 4 perpustakaan (berdekatan Bahagian Perkhidmatan Pelanggan) dan di aras 3 (berhadapan tempat letak kereta PTSL). Perkhidmatan pemulangan buku layan diri di aras 3 dibuka 24 jam.

Ruang Membaca 24 Jam

Ruang Baca 24 Jam ini terletak di Dataran Tun Seri Lanang. Dataran ini menyediakan ruang membaca terbuka yang selesa. Dataran ini juga sesuai untuk tujuan perbincangan kerana ruang membaca di dalam perpustakaan tidak membenarkan pelanggan mengadakan perbincangan kecuali di Bilik Perbincangan.Vending machine serta telefon awam juga disediakan di penjuru dataran. Pengguna juga boleh mengakses Internet melalui WiFi di ruang ini.

Perkhidmatan Fotokopi

Mesin fotokopi secara layan diri yang dikendalikan pihak swasta disediakan di aras 3.

Siber@PTSL

Pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan di siber@ptsl untuk mengakses bahan daripada internet termasuk pangkalan data dalam talian dan e-mel. Siber@ptsl juga ada menyediakan komputer untuk penaipan dan mencetak kertas projek, tesis dan sebagainya. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan siber layari http://siberptsl.weebly.com/

Bilik Pelajar Istimewa

Memberi kemudahan asas kepada pelajar OKU (Cacat Penglihatan) bertempat di aras 4 berhampiran dengan Meja Penasihat Pembaca. Perpustakaan menyediakan sebuah komputer yang dilengkapi dengan perisian JAWS.

Waktu Operasi