SECOND CLUSTER LIBRARY

PENGENALAN

Perpustakaan Lingkungan Kedua telah memulakan perkhidmatannya pada 9 September 2013. Perpustakaan ini menguruskan sumber ilmu dan maklumat serta menyediakan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan inovasi dalam bidang kejuruteraan, senibina, teknologi dan sains maklumat.

Perpustakaan ini mempunyai keluasan 5,436 meter persegi dan menyediakan lebih kurang 570 tempat membaca.

[section=CARTA ORGANISASI]

PL2PERKHIDMATAN]

 Keahlian

 Pinjaman dan Pemulangan Bahan

Semua pelanggan yang berdaftar adalah layak untuk menggunakan perkhidmatan ini.

 Pembaharuan Pinjaman Secara Atas Talian

Pelanggan boleh memperbaharui pinjaman mereka melalui GEMILANG dengan syarat bahan berkenaan belum lewat, tidak ditempah oleh pelanggan lain dan tidak mempunyai denda yang belum dibayar. Pembaharuan hanya boleh dilakukan 3 kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh pulang buku yang berkaitan

 Tempahan Bahan

Pelanggan boleh menempah bahan melalui GEMILANG dengan syarat bahan berkenaan dipinjam oleh pelanggan lain.

 Sistem Pembekalan Penerbitan/Pinjaman Antara Perpustakaan

Perkhidmatan ini disediakan untuk kakitangan akademik/ikhtisas/pentadbiran,  pelajar pascasiswazah dan prasiswazah tahun akhir bagi mendapatkan bahan/artikel daripada perpustakaan lain kerana bahan/artikel berkaitan tidak terdapat di perpustakaan.

Bahan dalam negara adalah PERCUMA untuk semua permohonan artikel dan buku.

Bahan luar negara dikenakan bayaran:

  • Ahli Akademik — (a)  Artikel (Percuma  untuk 5 artikel setahun), Artikel yang keenam dan seterusnya RM10.00 (per artikel)  (b)Buku  (RM20.00 per buku)
  • Pelajar Prasiswazah Tahun Akhir dan Pascasiswazah — (a)  Artikel (Percuma  untuk 3 artikel setahun), Artikel yang keenam dan seterusnya RM10.00 (per artikel)  (b)Buku  (RM20.00 per buku

Permohonan hendaklah dibuat melalui http://iquest.net.my/iquest/

 Pameran Buku Baru

Buku baru yang diperolehi oleh perpustakaan akan dipamerkan selama 1-2 bulan di Aras 2 sebelum ditempatkan di Koleksi Am. Buku tersebut boleh dipinjam.KEMUDAHAN

 Kemudahan

[endsection]

KOLEKSI

 Koleksi Am

Merupakan buku akses terbuka yang boleh dipinjam mengikut kategori pelanggan.

 Koleksi Folio

Merupakan buku bersaiz besar. Koleksi ini terdapat di aras 4.

 Koleksi Jurnal

Merupakan jurnal terkini dan belum dijilid. Koleksi ini terdapat di aras 3.

 Koleksi Rujukan

Terdiri daripada kamus, ensaiklopedia dan sebagainya. Koleksi ini terdapat di aras 2.

 Koleksi Tanda Merah

Merupakan buku bacaan asas yang disyorkan oleh pensyarah. Koleksi ini terdapat di aras 2 berhampiran dengan kaunter.

 Koleksi Tesis

Terdiri daripada tesis pelajar peringkat sarjana dan doktor falsafah. Koleksi terdapat di aras 2 berhampiran dengan kaunter.WAKTU PEMBUKAAN

Semasa Semester

Isnin – Khamis : 8.00 pagi – 7.00 malam

Jumaat : 8.00 pagi – 12.15 tengah hari / 2.45 petang – 7.00 malam

Sabtu,Ahad & Cuti Umum  : Tutup

Cuti Semester

Isnin – Khamis : 8.00 pagi – 5.00 petang

Jumaat   : 8.00 pagi – 12.15 tengah hari / 2.45 petang – 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum :  Tutup