Kualiti – UKM

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Audit dan Penandaarasan

Bahagian Audit dan Penandaarasan (BAP) bertanggungjawab merancang dan menguruskan aktiviti audit dan penilaian mengikut proses teras yang berkaitan pendidikan, penyelidikan, sokongan pelajar, khidmat dan sumber termasuk mengendali dan memantau akreditasi sementara, akreditasi penuh dan audit pemantauan bagi program akademik selaras dengan keperluan MQA dan status UKM sebagai Institusi Swaakreditasi.

BAP juga bertanggungjawab menyelaras dan memantau pengendalian audit program profesional oleh badan profesional berkaitan serta melakukan penandaarasan dan pelaksanaan amalan terbaik kebangsaan dan antarabangsa untuk peningkatan kualiti berterusan. BAP juga perlu merancang keperluan serta menyelaras latihan, memberi nasihat dan sokongan dalam pelbagai kegiatan audit kualiti dan latihan juruaudit.

Selain itu, BAP juga diberikan tanggungjawab untuk merancang pembangunan sistem sokongan ICT untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan audit. Antara sistem yang telah dibangunkan ialah Sistem Daftar Kelayakan Program Pengajian (UKM-QR) dan sistem ICT akan dibangunkan ialah Sistem Pangkalan Data Juruaudit.

(Disediakan Oleh: PP BAP)