KEMPEN 8 KEPADA 8

Hanya RM8.00 Dah Boleh Mula Berzakat?

Dimaklumkan Zakat UKM sedang meningkatkan usaha dakwah melalui kempen 8 kepada 8 bagi menggalakan masyarakat Muslim terutamanya kakitangan UKM memulakan Caruman Bulanan Zakat mengikut taksiran terkini melalui Skim Potongan Gaji (SPG Zakat).
Mengetengahkan tema “Menyantuni Asnaf dengan Memberi” kempen ini bertujuan menggalakan individu yang layak berzakat untuk mula mencarum zakat serendah RM8.00 bagi menyantuni keperluan 8 golongan asnaf yang berhak.
Maklumat lanjut sila hubungi:
Abdul Rahman Bin Ramli : 03-8921 5820 (Bangi)
Marzuki Bin Paiizi : 03-9145 6526 (HCTM & UKM Cheras)
Nota: Zakat UKM juga mengalu-alukan jemputan dari pihak Jabatan/Fakulti/Bahagian bagi memberikan penerangan berkaitan SPG Zakat dan info berkaitan agihan zakat.