MAJLIS IFTAR DAN RAMAH MESRA ZAKAT UKM

Unit Zakat UKM telah mengadakan satu Majlis Iftar dan Ramah Mesra Zakat UKM 2017 pada 16 Jun 2017 bersamaan 21 Ramadhan 1438 Hijrah di Puri Pujangga Hotel, UKM. Majlis ini diadakan untuk meraikan sambutan bulan Ramadhan disamping mengeratkan silaturahim antara Ahli Jawatankuasa Zakat UKM dan asnaf UKM.

 

Majlis turut diserikan dengan beberapa program sampingan seperti penyampian duit raya kepada 6 pelajar asnaf Muallaf UKM, penyampaian Sumbangan Membaikpulih Rumah Pelajar, dan penyampaian Insentif Kecemerlangan Zakat UKM. Majlis ini turut dihadir oleh, Tuan Haji Abd razak Hussin, Pengarah Eksekutif Pentadbiran, Puan Hajjah Khalijah Hj. Bakar, Pengarah Eksekutif Kewangan, Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Ir. Othman Karim, Profesor, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Merengkap Ahli Jawatankuasa Tabung Amanah Zakat UKM, Ketua-ketua Sekretariat IPT Zakat Selangor, Wakil Lembaga Zakat Selangor Cawangan Bangi dan Kajang dan lain-lain.