RM 3.782 JUTA AGIHAN ZAKAT UNIVERSITI KEPADA 4,861 PENERIMA SEHINGGA OGOS 2019

 

Universiti telah berjaya mengagihkan dana zakat kepada asnaf warga yang layak berjumlah RM3,782,514.03 sejak Januari sehingga Ogos 2019. Dengan jumlah itu, seramai 4,861 penerima  terdiri daripada kakitangan dan pelajar mendapat manfaat tersebut. Perincian agihan adalah seperti berikut;

  1. Fakir               : RM 558,973.50 (634 individu)
  2. Miskin            : RM 1,432,160.50 (1,606 individu)
  3. Mualaf           : RM 21,585,014.03 (21 individu)
  4. Fisabilillah    : RM 1,575,014.03 (2,423 individu)
  5. Ibnu Sabil     : RM 194,781.00 (177 individu)

.

Pelbagai bentuk bantuan telah diberikan kepada mereka yang layak dari jumlah agihan tersebut antaranya;

  1. Yuran Pengajian
  2. Sara Hidup
  3. Perubatan
  4. Mobiliti
  5. Program
  6. Pendidikan
  7. lain-lain bantuan

Jumlah kutipan zakat Universiti dari Januari sehingga Ogos adalah sebanyak RM8,614,256.25 di mana, 43.75% dari jumlah tersebut akan diagihkan di UKM. Selebihnya akan diagihkan oleh pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS). Sebahagian besar kutipan zakat Universiti diperolehi daripada kakitangan yang membayar zakat melalui potongan gaji. Bayar Zakat di UKM sangat membantu Universiti  dalam menyantuni asnaf yang kian meningkat saban tahun.

Perkara ini selaras dengan apa yang telah ditekankan oleh Naib Canselor dalam Perutusan Naib Canselor pada 30 Ogos 2019;

” Sebanyak 4,060 tempat telah ditawarkan kepada pelajar yang layak untuk mengikuti pengajian Ijazah Sarjanamuda bagi sesi Akademik 2019/2020 dan hampir 2,500 (61.58%) daripadanya diisi oleh pelajar dari keluarga golongan B40. Langkah ini sejajar dengan komitmen kerajaan dalam memastikan golongan B40 di Malaysia sentiasa terbela.”

Menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan usaha dalam menyantuni asnaf warga  sentiasa berada ditahap yang terbaik dengan sokongan seluruh warga UKM.

.

#zakatUKMbantu

#zakatuniversitizakatkita