Zakat UKM Konsisten Bersama Masyarakat Orang Asli, Tasik Banding, Gerik, Perak

1-12

BANGI, 5-7 Ogos 2016 – Unit Zakat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Muzium Warisan Akademik UKM sekali lagi mengadakaan pelbagai aktiviti untuk penduduk orang asli di Tasik Banding baru-baru ini melalui Program Bantuan Kepada Masyarakat Orang Asli Di Tasik Banding, Perak.

Antara aktiviti yang dilakukan termasuk pemberian bantuan sumbangan kepada penduduk orang asli  yang berjumlah 13 keluarga. Bantuan yang dihulurkan adalah berbentuk makanan asasi dan barang keperluan harian bagi setiap keluarga.

Selain itu, kerja-kerja gotong-royong turut dilakukan bagi membina beberapa kemudahan asas di sana seperti pembinaan surau, perpustakaan, tandas dan kolah. penduduk orang asli di situ terdiri daripada keluarga Islam yang mempunyai sumber pendapatan yang tidak tetap dan berada di bawah paras kemiskinan.

Program bantuan kepada masyarakat Orang Asli Tasik Banding, Perak ini sebenarnya telah dijalankan sejak tahun 2015 oleh Unit Zakat UKM dimana sebanyak RM 25,000.00 telah diperuntukan bagi pembangunan orang asli disana.

Program tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. dato’ Imran Ho Abdullah, Timb. Naib Canselor Hal-ehwal Jaringan Industri & Masyarakat. Turut hadir dalam program tersebut ialah Tuan Haji Abd. Razak Hussin, Pengarah Eksekutif Pentadbiran, Tuan Haji Musa Zainal Abidin Othman, Timbalan Pengarah Pentadbiran, En Mokshin Tumin, Pengerusi Jawatankuasa Agihan Zakat UKM, EN. Muhammad Tajuddin Abdul Rahim, Ketua Unit Zakat UKM dan beberapa pihak lain yang turut terlibat dalam menjayakan program tersebut.

3-8

2-13