ZAKAT UKM SANTUNI ASNAF KAMPUNG SG. BUAH, DENGKIL BAGI MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

13533228_1128730177191194_6872080049707156823_n

Majlis Iftar di Kampung Sungai Buah, Dengkil, Selangor telah dianjurkan oleh UCTC UKM dengan kerjasama Unit Zakat UKM. Sebanyak RM 17,500.00 diperuntukan oleh Unit Zakat UKM bagi menjayakan majlis tersebut. Majlis berkonsepkan berbuka puasa dan penyampaian sumbangan zakat kepada lebih 60 penduduk.

Kampung Sg. Buah merupakan penempatan semula setelah penduduk asal yang ditinggal di tanah UKM diarahkan berpindah ke kampung tersebut kerana  ingin dibangunkan kampus  Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu 46 tahun dahulu.

Turut hadir menyampaikan sumbangan ialah YBhg. Prof. Dato’ Dr. Imran Hoo Abdullah, Timb. Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat, YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K Rahmat, Timb. Naib Canselor Akademik & Antarabangsa, YBhg. Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd Awal, Timb. Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Pendaftar UKM, Dekan FSK dan Pengarah UCTC.

13512042_1128730270524518_8196112819882342956_n 13524397_1128730223857856_5678218668661208193_n 13529124_1128730183857860_2219885115352406356_n 13532792_1128730310524514_3032696646355013950_n