Pembukaan Pencalonan Anugerah Emas Kedoktoran & Sarjana UKM 2025
PENCALONAN PENERIMA ANUGERAH EMAS KEDOKTORAN DAN ANUGERAH EMAS SARJANA 2025
Sukacita dimaklumkan bahawa pencalonan Anugerah Emas Kedoktoran & Sarjana UKM 2025 adalah dibuka mulai 30 Jun hingga 4 Ogos 2025. Fakulti/Institut/Pusat dijemput untuk mengemukakan pencalonan dua (2) orang pelajar pelajar pascasiswazah bagi setiap kategori yang akan bergraduat pada Majlis Konvokesyen UKM 2025.
Pelajar pascasiswazah boleh mengemukakan borang permohonan melalui Urusetia Siswazah Fakulti/Institut/Pusat masing- masing. Proses saringan di peringkat Fakulti/Institut/Pusat akan diadakan pada 5 Ogos hingga 12 Ogos 2025. Fakulti/Institut/Pusat perlu mengemukakan nama calon masing-masing kepada Urusetia Anugerah Emas Kedoktoran & Sarjana bagi tujuan penilaian dan pemilihan pemenang di peringkat universiti.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi: awardsandscholarship@ukm.edu.my
Urus Setia Anugerah Emas Kedoktoran dan Sarjana Pejabat Pengarah Pusat Pengurusan Akademik (AKADEMIK UKM) Lingkungan 1, Aras 3, Bangunan Tun Fatimah Hashim Universiti Kebangsaan Malaysia