Wanita adalah tunjang kekuatan, pencetus inspirasi dan pemangkin perubahan. Dengan semangat yang kental, jiwa yang berdaya tahan dan kecekalan yang luar biasa, wanita terus melakar kejayaan dalam pelbagai bidang serta membina legasi yang memberi impak kepada generasi akan datang.Sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025, warga ALAF-UKM ingin mengucapkan penghargaan setinggi-tingginya kepada semua wanita hebat yang […]
Pada 5 Mac 2025 (Rabu), delegasi ALAF-UKM telah mengadakan kunjungan hormat ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi membincangkan potensi kolaborasi seni dan budaya dalam penganjuran Teater Muzikal Puteri Gumum, Mitos Rizab Biosfera Tasik Chini UNESCO. Delegasi ALAF-UKM disambut mesra oleh Timbalan Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan DBP, Pn. Huznah Sa’it bersama Perancang Bahasa Bahagian […]
Pusat Penyelidikan Langkawi, (PPL) ALAF-UKM bersama Global South Bats (GSB) 2025 dengan kerjasama Fakulti Perhutanan Tropika, Universiti Malaysia Sabah telah berjaya menganjurkan Global South Bats Workshop 2025 pada 10 hingga 21 Februari 2025 bertempat Pusat Penyelidikan Langkawi dan Sukau Green View Resort, Sabah. Bengkel yang diterajui oleh Dr. Juliana Senawi, Ketua Makmal PPL ini menghimpunkan […]
Tanggal 3 Mac setiap tahun adalah merupakan tarikh yang telah diwartakan di peringkat antarabangsa sebagai Hari Hidupan Liar Sedunia atau ????? ???????? ???. Bertemakan “Wildlife Conservation Finance: Investing in People and Planet”, tema tahun ini menekankan kepentingan pembiayaan mampan dalam usaha pemuliharaan serta bagaimana pelaburan terhadap alam sekitar memberi manfaat kepada komuniti global.Pemuliharaan hidupan liar […]
Perbadanan Taman Negeri Pahang bersama Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM) serta Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) UKM telah melaksanakan sesi pelepasan benih ikan di Tasik Chini Rizab Biosfera pada 25 Februari 2025 (Selasa).Program ini diadakan bersempena Majlis Sambutan Hari Rizab Biosfera Antarabangsa sebagai langkah proaktif dalam usaha pemuliharaan biodiversiti akuatik dan ekosistem […]
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM) terus memperkukuh peranannya dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi dengan menjalin kerjasama strategik bersama Perbadanan Taman Negeri Pahang (PTNP).Usaha ini dijayakan melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) yang berlangsung hari ini di Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) bersempena Sambutan Hari Rizab Biosfera […]
: 25 Februari 2025 (Selasa) : 9.00 Pagi: Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) UKM, Tasik ChiniHari ini berlangsungnya Sambutan Hari Rizab Biosfera Antarabangsa @ Tasik Chini. Mari sama-sama memeriahkan sambutan kali ini . Pelbagai aktiviti, persembahan, gerai jualan serta perkongsian ilmu turut disediakan untuk anda! Jemput hadir beramai-ramai!
Warga ALAF-UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Hir Yanti Md Tahir, Timbalan Pengarah Instrumentasi dan Perkhidmatan Makmal, ALAF-UKM atas kejayaan memperoleh pengiktirafan sebagai “????? ???????????? ?? ??????????????? ???????????” daripada The National Federation of Neurolinguistic Programming USA.Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga ALAF-UKM untuk memperkukuh serta mempertingkatkan kecemerlangan akademik dan profesionalisme diri seterusnya memacu […]
Hari Bertemu Pelanggan Makmal i-CRIM, ALAF-UKM yang berlangsung pada 19 Februari 2025 (Rabu) di Kompleks Penyelidikan UKM telah melabuhkan tirai dengan penuh jayanya. Kira-kira 220 pengunjung yang terdiri daripada pelanggan, penyelidik dalam dan luar UKM, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terpilih seluruh negara serta wakil industri hadir bagi mendapatkan maklumat, berkongsi pengalaman seterusnya meninjau sendiri […]
ALAF-UKM melalui Makmal Instrumentasi Berpusat (i-CRIM) telah menganjurkan The 3rd Instrumentation Seminar 2025 (SCI-INS 2025) pada 18 Februari 2025 (Selasa) bertempat di Bangi Resort Hotel. SCI-INS 2025 telah berjaya menarik penyertaan seramai 250 peserta yang terdiri daripada penyelidik dalam dan luar UKM, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terpilih seluruh negara serta wakil industri.SCI-INS 2025 telah […]





















