Dalam usaha memperkukuh kompetensi profesional dalam bidang penilaian keselamatan peranti perubatan ALAF-UKM melalui Makmal Bioserasi dengan kerjasama MdDev (Medical Technology Consultancy) telah menganjurkan Training on Toxicological Risk Assessment for Medical Devices pada 6 hingga 7 Julai 2026 bertempat di Bangi Resort Hotel. Bengkel selama dua hari ini memberi pendedahan menyeluruh kepada peserta berkaitan penilaian biologi (Biological […]
ALAF-UKM pada 26 Jun 2026 telah menganjurkan Sesi Taklimat Penggunaan Sistem Pengurusan Instrumentasi Bersepadu UKM (SPINIC UKM) sebagai persediaan ke arah pelaksanaan sistem pengurusan instrumentasi yang lebih cekap, sistematik dan bersepadu di seluruh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Taklimat yang dipengerusikan oleh Puan Hir Yanti Md Tahir, Timbalan Pengarah Instrumentasi dan Makmal ALAF-UKM, bertujuan memberi pendedahan […]
Makmal Bioserasi, ALAF-UKM terus mengukuhkan kedudukannya sebagai makmal rujukan dalam bidang pengujian toksikologi apabila dijemput sebagai pempamer reruai sempena Majlis Peluncuran Integrated Industrial Chemical Management System (IICMS) anjuran Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).Majlis tersebut diadakan bersempena peluncuran Integrated Industrial Chemical Management System (IICMS), sebuah platform digital berasaskan web yang dibangunkan […]
Kepakaran Makmal Bioserasi, ALAF-UKM dalam bidang penilaian biokompatibiliti terus mendapat pengiktirafan apabila tenaga pakarnya dijemput untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam program latihan anjuran Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (Medical Device Authority, MDA), Kementerian Kesihatan Malaysia. Mewakili Makmal Bioserasi, Dr. Ee Ling, Ketua Makmal dan Ts. Hasnizawati Mohamed Dahlan, Pengurus Makmal Bioserasi telah dijemput untuk berkongsi kepakaran, […]
Pada 16 Jun 2026, telah berlangsung dengan jayanya Program Eksplorasi Sumber Air (Water Discovery Programme) di Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Program ini merupakan anjuran bersama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), UKM dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Langkawi serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Langkawi. Seramai 60 orang […]
9 – 11 /6 2026: Program Eksplorasi Biodiversiti Flora 2026 Dalam usaha memperkukuh dokumentasi biodiversiti di Langkawi, Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), Taman Botani Putrajaya dan Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menganjurkan Program Eksplorasi Biodiversiti Flora selama tiga hari bermula 9 hingga 11 Jun 2026. Program ini memberi tumpuan kepada aktiviti inventori flora melalui […]
Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), ALAF-UKM telah menerima kunjungan wakil daripada UKM Pakarunding (UKMP) pada 4 Jun 2026 bagi menjalankan lawatan tapak dan penilaian awal berhubung pelaksanaan Program Penanaman Pokok yang dirancang untuk dilaksanakan di kawasan Tasik Chini. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh inisiatif pemuliharaan alam sekitar melalui program penghijauan yang melibatkan kerjasama […]
Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR), ALAF-UKM telah menjadi lokasi pelaksanaan program “Youth as Ecotourism Ambassadors: Communication Training Program on Mersing Island Heritage Session 3/2026” yang berlangsung pada 1 hingga 3 Jun 2026. Program ini merupakan anjuran bersama Fakulti Pendidikan UKM (FPend) dan Mersing Tourism Association (MTA) dalam usaha memperkukuh peranan generasi muda sebagai duta ekopelancongan […]
ALAF-UKM melalui Makmal Bioserasi menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Standard Malaysia (JSM) yang diketuai oleh Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia, Encik See Chee Kong. Delegasi JSM telah disambut oleh Pengarah ALAF-UKM, Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin bersama Timbalan Pengarah Instrumentasi dan Perkhidmatan Makmal ALAF-UKM, Puan Hir Yanti Md Tahir serta Ketua Makmal […]














