Pusat Penyelidikan Geotaman (PPG), Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) dengan kerjasama Institut Geologi Malaysia (IGM), Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL, ALAF UKM) dan Kumpulan Warisan Geologi Malaysia (KWGM) berbesar hati ingin menjemput YBhg. Dato’/Prof./Tuan/Puan ke Geoheritage & Geopark Virtual Forum 2024 “Geopark and School: Best Practices from Asia Pacific Geoparks” yang akan diadakan pada seperti […]
Pameran ALAF-UKM di reruai UKM pada hari kedua sempena Pameran Perdagangan Selangor Life Sciences Convention (SLC) 2024 terus menarik perhatian dan menerima sambutan yang luar biasa daripada pelbagai lapisan pengunjung. Detik istimewa hari kedua pameran adalah keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan melawat reruai […]
UKM mencatatkan peningkatan markah yang baik dan mengekalkan kedudukan pertama bagi Tonggak Pengajaran di Malaysia dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings 2025 yang diumumkan pada 9 Oktober 2024.UKM juga kini berada pada kedudukan kedua antara Universiti Awam di Malaysia dan kedudukan ketiga dalam kalangan semua universiti di Malaysia.Pengiktirafan ini mencerminkan kecemerlangan UKM, hasil […]
Reruai Pameran ALAF-UKM di KLCC sempena Selangor Life Sciences (SLC) 2024 telah mendapat sambutan hangat dengan kehadiran pengunjung yang sangat memberangsangkan untuk mendalami lebih lanjut tentang perkhidmatan penyelidikan canggih yang ditawarkan oleh Makmal Fizikal ALAF-UKM, iaitu Makmal i-CRIM dan Makmal Bioserasi.Sambutan yang luar biasa ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk […]
Pada 7 hingga 11 Oktober 2024 telah berlangsungnya Program Nano Kebangsaan (nanoKEB) 2024 anjuran Pusat Teknologi Kebangsaan (NNC) bertempat di Bangi Resort Hotel, Selangor. Antara pengisian program pada edisi kali ini adalah NEMD2024, iSAMN2024, NANOSYM 2024, ANF 2024 Symposium, ANFoS2024, The 7th EU-Asia Dialogue on Nanosafety, Pasukan Petugas SRS nano Meeting, Nanotechnology Industry and Technical […]
Makmal Bioserasi, ALAF-UKM telah menghadiri ‘Forum OECD GLP Compliance Monitoring Authority (CMA) With Test Facilities and Stakeholders’ anjuran Jabatan Standard Malaysia pada 10 dan 11 Oktober 2024 bertempat di Dewan Serbaguna, Menara Cyber Axis, Cyberjaya.Forum yang dianjurkan oleh Jabatan Standard Malaysia ini telah mengumpulkan pelbagai pihak berkepentingan dari sektor kerajaan, industri, dan akademik untuk berbincang […]
ALAF-UKM telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) pada 27 Jun 2024 bertempat di Bilik Perbincangan Ketam Guri, Bangunan MOTAC, Putrajaya. En. Ahmad Mustaqim Zolkafali, Ketua Pentadbiran dan Puan Nor Fauziana Abdul Aziz, Ketua Bahagian Penjanaan dan Promosi telah hadir ke sesi kunjungan hormat ini mewakili Pengurusan ALAF-UKM bagi memperkenalkan modul […]
Tahukah anda bahawa ??????? ???????? ? ????? penduduk dunia mengalami masalah mental? Justeru itu, tanggal 10 Oktober setiap tahun telah diwartakan sebagai Hari Sambutan Kesihatan Mental Sedunia dengan inisiatif untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental di seluruh dunia. Tema sambutan tahun ini “Utamakan Kesihatan Mental di Tempat Kerja,” mengajak kita semua untuk bersama-sama menciptakan […]
Tanggal 5 Oktober setiap tahun telah diwartakan sebagai hari Sambutan Hari Akademia Kebangsaan. Sambutan pada tahun ini membawa tema “???????????? ???????? ?????? ??: ?????????? ?????? ??????????”. Tema ini dilihat merangkumi usaha untuk memperkasakan bidang pendidikan dan penyelidikan melalui penerapan teknologi kecerdasan buatan (AI), selaras dengan aspirasi negara bagi membina masyarakat madani yang berinovasi serta berdaya […]
Tahniah YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak atas pelantikan semula sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia berkuatkuasa 1 November 2024. Tulus ikhlas daripada seluruh warga ALAF-UKM.





















